Jumlah Paparan Halaman

30.12.11

KONTOT BANTU PENDEK.....

Catatan Terakhir 2011.....

Aku petik cerita seorang kaki skodeng di Kuala Lumpur;
Baru – baru ini seorang TOP GUN di Wisma Felda telah menjalankan satu program bersama – sama TOP PISTOL Felda, di negeri – negeri, ke Pulau Dewata [BALI].
Samada di Bali itu, mereka sempat mengasah GUN atau PISTOL masing – masing, itu bukan ceritanya. Ceritanya, di Pulau Dewata itu, TOP – TOP PISTOL ini telah diarahkan, supaya memastikan TOP – TOP PARANG, di rancangan – rancangan, hanya membawa PAK ANGGUK dan MAK ANGGUK ke Mesyuarat Agung Khas KPF nanti.
AKU PETIK  pula beberapa komen di laman facebook mantan kakitangan Felda;
Ahli Lembaga KPF yg nak buat penerangan dalam isu semasa kpd ahli yg jadi perwakilan telah dihalang oleh Pengurus rancangan atas arahan RGM....ini adalah kerja yg menyalahi undang2 .....sekiranya perkara ini terus diamalkan, saya sebagai ahli KPF akan buat laporan polis. PENGURUS2 dan RGM harap ambil perhatian sebelum bertindak...ini bukan AMARAN tapi INGATAN.
"Kereta Api nak lalu, Sila beri laluan, Klu berani duduklah di landasan" Apa maksud kata2 ini, sya tak faham, Inilah kata2 yg DDG tujukan kpd pengurus2 dlm jelajah sesi penerangan pusingan akhir sebelum Mesyuarat Agong Khas KPF akan datang ini.
KESIMPULANNYA, sah, sahih dan benar ada pihak di kalangan TOP GUN, TOP PISTOL dan TOP PARANG di FELDA ini yang begitu teruja untuk mendapat laba daripada kemelut Felda sekarang ini.
Biasalah, seorang jatuh, lebih sepuluh orang akan naik menyusun semula kedudukan. Tetapi, jika naik melalui kejatuhan seseorang yang ikhlas bekerja, tunggulah pula masa untuk anda semua bukan sahaja jatuh, malah tertiarap dan dipijak pula orang lain. Itu hukum karma kehidupan. Ingat tu!
Tahun baru ini bakal memberikan laba buat seorang Pengarah yang masih hingusan untuk berada di TOP FOUR. Sebabnya mudah. Laba itu muncul bukan kerana merit tetapi kerana kebolehannya memenangi acara Lempar Batu Sembunyi Tangan sempena Hari Keluarga Felda baru – bari ini.
Demi laba, samada dari aspek pangkat dan kuasa atau pun peluang membuat duit menerusi pengapungan saham Felda ini, yang jelas dan nyata terlalu ramai siKontot telah secara nyata dan gelap, membantu siPendek untuk menjual Felda kepada siApek dan siJohn.
CUIT SIKIT:
Bagi aku, mengarahkan kehadiran perwakilan rancangan supaya angguk dan diam di Mesyuarat Agung Khas itu adalah petanda betapa ada rahsia besar yang hendak disembunyikan.
Menyekat Ahli Lembaga KPF memberikan penerangan juga adalah tindakan untuk menyembunyikan kebenaran.
Hanya yang berniat jahat sahaja, akan melakukan apa sahaja cara untuk menyekat kebenaran.
Khabarnya, pihak kakitangan pun ada ura – ura untuk melakukan bantahan. Malangnya, ada pula Kontot yang menjaga kakitangan ini, telah membocorkan rahsia kepada Pendek. Terbengkalai pulak projek. bantah membantah itu.
DUNIA lepaslah. AKHIRAT belum tau......

Boleh ke resolusi Mesyuarat Agung Khas KPF itu diterima, sekiranya yang hadir itu adalah perwakilan haram [bukan perwakilan yang dilantik menerusi Mesyuarat Pemilihan Perwakilan Wilayah]?
Nota Kaki...
Ukuran Kontot dan Pendek yang aku nyatakan di coretan ini adalah berkaitan saiz fizikal. Apabila berdiri, kontot dan pendek ini jauh lebih rendah daripada aku.
Bab - bab fizikal lain yang tersembunyi, aku tidaklah mengetahui samada "barang itu" itu juga KONTOT dan PENDEK.
Catatan ini juga tiada kena mengena dengan mereka yang telah bersara  dan juga yang telah meninggal dunia tetapi sah ada mengenanya dengan mereka yang masih hidup dan masih bertugas.
terima kasih juga buat para komentatur di Veteran Felda yang aku pinjam dan petik komen mereka di blog ini.

2 ulasan:

  1. Kontot tu kan talam 8 muka bro,tak abis-abis main wayang...dari Terngganu sampai Seremban,sampai HQ....hehehe...sedarlah sikit wahai kontot...berapa banyak hati staf Felda dah ko Guris...ko ingat ko tak pencen ker...tunggu lah nasib ko lepas pencen ni dok sorang lah..

    BalasPadam
  2. Yang banyak buat huru hara dalam Felda ni Kontot lah....boleh tanya ngan tuan-tuan Pengurus yang ada...tapi Pengurus-Pengurus tak kan nak ngaku kut....Kontot tu ada Super Power...dah lah macam lalang,dah tu Lempar Batu Sembunyi Tangan Pulak....jenis nak kena Lutu orang cam ni...

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH