Jumlah Paparan Halaman

2.12.11

BOLA TANGGUNG.....

Servis pertama game ini dibuat oleh Pak Sam pada 28 November. 30 November, TS Isa menyambut servis dengan bola tanggung.

Menyatakan ketidaksudian untuk meminta maaf di atas lawak dan senda guraunya yang sudah bertukar menjadi sendu, TS Isa sebenarnya, sudah memberikan bola tanggung kepada Pak Sam.

Samada hendak dismash kencang atau sekadar flick yang mengelirukan, terserah Pak Sam untuk menentukan pukulan seterusnya.


CUIT SIKIT:

Semoga Pak Sam dapat menentukan hala tuju bola itu supaya menepati sasaran. Berhati - hatilah melakukan smash. Bimbang pula, akibat terlalu ghairah melakukan jumping smash, akhirnya bola tersasar jauh dari gelanggang.

Apa jua akhirnya kisah ini, episod baru FELDA telah bermula. Semua pihak akan tamat tempoh perkhidmatan masing - masing, tidak lama lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH