Jumlah Paparan Halaman

10.1.12

ADIL.....


Seri 2 sama mungkin satu keputusan yang adil buat kedua - dua pasukan. Tetapi, mungkin ianya bukanlah yang adil buat penyokong setia skuad Jang.

Pastinya jaringan sewal minit keempat dan ke 30 oleh EFFA OWONA disambut ceria dan megah oleh penyokong Jang. Namun, Selangor bangkit menerusi 2 gol di separuh masa kedua.

Kasihan warga Felda Palong yang hadir malam ini. Datang ceria, balik terkedu. Bagaimana pun, ia adalah satu keputusan yang adil kerana kedua - dua pasukan seperti berpakat untuk saling mempamer aksi "koyak".

Di separuh masa pertama, perlawanan adalah seperti Negeri Sembilan bertemu pasukan Sekolah Sukan Negeri Selangor. Yang berjersi kuning bermain kemas dan teratur, yang berjersi merah pula berterabur dan bercelaru permainannya.

Separuh masa kedua pula bertukar sebaliknya. Kali ini, yang berjersi kuning pula bermain seperti Sekolah Sukan Negeri.

CUIT SIKIT:

Masih banyak kerja yang perlu dilakukan oleh Azraai dan Irfan untuk memantapkan pasukan masing - masing. Sejarah terkini dan juga sejarah lampau, tidak pernah menjanjikan syurga buat mana - mana pasukan.

Sesuatu yang menarik, Kelantan menang 2-1 di padang rumput tiruan Stadium Jalan Besar, Singapura.

Keputusan penuh dan carta Liga Super adalah seperti berikut;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH