Hamsani sudah cool dan menepuk tangan menghargai penonton
|
Foto ATAS dan BAWAH: Acara Baling baru bermula
|
Respon spontan angkara balingan yang tidak termasuk dalam agenda Liga Super
|
Respon berterusan oleh sibaju merah dan sibaju kuning. Adakah BAJU KUNING ini adalah MAMAT NS yang menjadi pembaling profesional itu?
|
CUIT SIKIT:
Benarlah foto mempunyai 1000 makna menurut persepsi sipelihatnya. Prejudis atau pilih kasih tidak dapat dielakkan. Yang penting, kita bersama mencari kebenaran.
Di saat semua hampir selesai di dalam dan di tepi padang, ada pula tangan ajaib yang mencetuskan suasana baharu seperti di atas.
Walaupun kita membayar harga RM 15.00 untuk menonton bola sepak di grandstand, tiada hak kita untuk melakukan sesuatu kepada pemain, pegawai mahu pun petugas keselamatan.
Hasilnya? PBNS mungkin rugi kutipan tiket kerana famili di bawah ini mungkin truma untuk ke stadium lagi. Kasihan anak kecil bergelar baby. Sekarang dia tidak mengerti tetapi peristiwa itu sudah melekat di mindanya.
Pihak berkuasa stadium selepas ini perlulah mengetatkan peraturan berkaitan penonton. Tegas dan cegah apa yang dilarang dibawa masuk. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada membayar denda?
Pemain walau sePro mana pun mereka, apabila sudah disentuh fizikal mereka, pasti akan bertindakbalas. Ini normal. Setakat maki hamun, aku fikir mereka tidak akan bertindak menyerang penonton.
FIKIRLAH MANA YANG TERBAIK UNTUK DIRI MASING - MASING.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan