Jumlah Paparan Halaman

15.1.12

SINGA PATAH LUTUIT.....

Atas - Carta Liga Super
Bawah - Carta Liga Premier
CUIT SIKIT:

Datuk Seri Shahidan Kassim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis perlu melakukan tindakan segera kepada pasukan negeri Indera Kayangan yang bergelar SINGA UTARA ini.

Setakat dua permainan, Perlis sudah mula menunjukkan tanda - tanda untuk menjadi budak belasahan dan punching bag 11 lagi pasukan di Liga Premier ini.

Dua pasukan kelab telah memulakan langkah mengganyang Perlis, apabila MP Muar menang 7-2 di Muar dan Sime Darby menang 2-1 di Kangar.

Seperti musim lalu, Perlis mampu menjaringkan gol, tetapi tidak mampu untuk mengelakkan kekalahan. Itu masalahnya. Mungkin ianya berpunca daripada ketiadaan pemain yang bergaji mahal di dalam pasukan.

Mengapa tiada pemain bintang? Jawapannya adalah kerana kantung Mr. Presiden hampir kontang untuk meneruskan pembiayaan pasukan.

Setelah dilaporkan oleh media arus perdana, Presiden Shahidan dan MB Isa Sabu telah berbaik - baik, aku fikir inilah masanya untuk Mr. Presiden memohon dana dan bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk menambahbaik pasukan bola sepak Perlis.

Jangan sampai SINGA UTARA menjadi SINGA PATAH LUTUIT dan bermain di Liga FAM pada tahun 2013 nanti.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH