Jumlah Paparan Halaman

17.1.12

SIAPA MAMPU TEMBAK ATM?.....


ATAS: Liga Super
BAWAH: Liga Premier
CUIT SIKIT:

Kelab yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu, T-TEAM atau nama pendaftarannya Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu [PBSDKT] a.k.a Terengganu PBSDKT T-Team [nama menurut FAM] sedang memimpin carta Liga Super.

Di Liga Premier, ATM [ Angkatan Tentera Malaysia ] yang menggunakan pemain profesional tempatan dan import mendahului carta.

Ketika ini, T-Team dan ATM adalah pasukan tunggal di liga masing - masing yang belum melepaskan sebarang gol selepas tiga perlawanan. ATM juga adalah pasukan tunggal mencatat 100 peratus menang setakat ini.

Menarik untuk kita terus mengikuti perkembangan menarik kedua - dua pasukan ini. Aku amat menanti sampai bila kekebalan benteng dan penjaga gol kedua - dua pasukan ini, mampu bertahan.

Paling menarik tentunya di pintu gol ATM. Bermain di posisi itu adalah FARIZAL HARUN, anak Felda Palong Dua, Negeri Sembilan yang pernah bermain di peringkat umur untuk Malaysia tetapi gagal menarik minat Datuk Raja untuk menyertai skuad negara sekarang.

Pasukan manakah yang mampu membedil ATM? Kita nantikan bersama.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH