Jumlah Paparan Halaman

9.1.12

FAKTOR PSIKOLOGI MENJADI PEMISAH.....

Malam esok, Juara Piala Sultan Ahmad Shah 2012, Negeri Sembilan akan turun di perlawanan pertama Liga Super 2012.

Masih segar dengan kebangkitan bertemu Kelantan, Skuad Jang bakal turun dengan semangat dan inspirasi baru untuk berhadapan dengan pasukan yang mempunyai rekod silam dan antik yang amat membanggakan.

SELANGOR si Gergasi Merah bakal bertandang ke Paroi untuk menguji karisma dan karaktor sebenar NS. Si Gergasi bukanlah pasukan yang sembarangan. Mereka muncul pasukan ketiga terbaik Liga Super 2011.

Walau pun sudah lama mengakhiri musim tanpa sebarang piala, Selangor sebenarnya masih pasukan yang perlu dihormati. Faktor Irfan Bakti selaku jurulatih yang penuh muslihat dan tektik itu perlu diambilkira sebelum mengetepikan cabaran Selangor begitu sahaja.

Namun, sedikit kelebihan psikologi menyebelahi NS. Bukan kerana kemenangan sabtu lalu tetapi, kemenangan NS menewaskan Terengganu di final Piala Malaysia 2011 adalah sandarannya.

Tanggal 29 Oktober 2011 itu adalah titik noktah kepada kejayaan percaturan tektik terbaik Irfan Bakti bersama Terengganu musim lalu. Mendahului satu gol, Terengganu akhirnya akur dengan kehebatan percaturan 10 minit terakhir AK-9 untuk tewas dengan 2-1 kepada NS.

Malam esok, Irfan, Jurulatih Terbaik 2011,  muncul lagi di Paroi. Bukan bersama Terengganu, tetapi bersama Selangor. Seperti NS, Selangor juga tampil dengan skuad yang berwajah baharu.

Di saat kebolehan hebat penyerang impot NS telah terserlah, kelibat pemain impot Selangor masih menjadi misteri. Mungkin ini juga boleh menjadi pemisah antara kedua pasukan.

CUIT SIKIT:

Apa pun percaturannya, aku fikir Si Gergasi Merah bakal pulang ke Shah Alam malam esok sebagai Gergasi MERAH PADAM.

Nota kaki;
bagi yang tidak sempat turun ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam esok, anda boleh mengikuti siaran langsung perlawanan menerusi saluran 801 Astro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH