Jumlah Paparan Halaman

8.1.12

MEMENANGI PERTEMPURAN.....





TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! Tahniah Negeri Sembilan kerana memenangi Piala Sultan Ahmad Shah.

Perlawanan pembuka tirai musim yang saban tahun dilaksanakan. Telah dua kali NS mencuba, akhirnya yang ketiga membuahkan hasil.

Memenangi Piala Sultan Ahmad Shah tidak memberikan sebarang makna sekiranya pasukan ini gagal memberikan impak yang berkesan di Liga Super dan Piala FA nanti.

Namun, formula AK-9 yang berterusan tanpa lima pemain termasuk 'kembar glamour' itu, nampaknya mula menjadi. Ketajaman EFFA dan Shakir Ali di bahagian serangan seperti menzahirkan semula era Bekamenga Bekamengo yang merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dibeli oleh NS.

Cuma, aku harapkan panas ini berterusan hingga ke petang. Bimbang pula EFFA bertukar menjadi Udo Fortune di zaman Hattem.

CUIT SIKIT:

Ujian sebenar buat skuad ini...
10-EFFA 21-SHAKIR ALI 15-RASHID MAMUD; adalah bintang baru NS musim ini. Lapan yang lain itu adalah pemain musim lalu yang dikekalkan. Selain EFFA, 14-Mahathevan turut menyerlah malam tadi.
di sini...
lima perlawanan Liga Super dengan 3 di tempat lawan adalah ujian sebenar perwatakan skuad NS musim ini.

HOBIN JANG HOBIN! anda baru sahaja memenangi pertempuran, belum lagi memenangi keseluruhan peperangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH