MUNG TOK BUI, AKU SAMANG!....
Episod tulis M Baca A nampaknya belum tamat walaupun semalam Datuk Midin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan [ JKPT ] FAM mengugut akan mengenakan tindakan disipilin kepada mana - mana Pegawai Persatuan Gabungan yang gemar mengkritik FAM.
Gara - gara tulis M baca A itu, YAB Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu turut menzahirkan pandangan.
Bukan pandangan peribadi, sebaliknya pandangan Kerajaan Negeri Terengganu selaku stake holder kepada pasukan bola sepak Negeri Terengganu yang bergelar skuad Penyu itu.
YAB Menteri Besar itu bukanlah Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu tetapi telah diangkat sebagai PEMINAT NO.1 BOLA SEPAK TERENGGANU.
Angkara surat FAM kepada PBSNT bertarikh 23 Disember itu, Tok Mat Said telah memberikan tiga pilihan kepada FAM;
1. Benarkan pemain impot yang diikat kontrak pada awal Januari 2012 itu bermain.
2. Bayar ganti rugi kepada kepada Kerajaan Negeri Terengganu selaku stake holder.
3. Terengganu dan T-Team akan menarik diri daripada Liga Super musim ini.
Pilihan tindakan itu diambil setelah Tok Mat Said meneliti sendiri isi kandungan surat FAM itu dan juga telah berbincang dengan peguam.
CUIT SIKIT:
Apabila Kerajaan Negeri Terengganu telah bersuara, aku fikir Tuanku Presiden atau pun Tengku dan Tan Sri Timbalan Presiden FAM perlu mengambilalih isu surat FAM ini.
Jangan benarkan lagi Pengerusi JKPT dan GenSec FAM yang terus mengulas isu berkenaan kerana mereka ini adalah pihak yang dipersalahkan oleh Terengganu.
Dalam hal ini, aku tabik kepada Datuk Che' Mat Jusoh, Presiden PBSNT yang telah berdiam diri setelah diugut akan digantung tugas kerana mengkritik FAM.
Mungkin inilah wayang yang sesuai untuk ditonton sempena Tahun Baru Cina nanti.....
Nota Kaki:
Tulisan aku sebelum ini juga telah mencadangkan agar Terengganu dibenarkan menurunkan pemain import yang lewat didaftarkan sekiranya surat FAM itu tidak tepat.
Ini pula adalah gambaran sikap sambil lewa GenSec dan Sekretariat FAM;
Wan Jamak, Kembar Abd. Razak, Irwan Fadzli, Farizal Harun dan Hai-O, dah lama ghaib dari Skuad NS tetapi FAM sediakan info pasukan secara tukar tahun sahaja. Lain - lain kekal seperti biasa walaupun mungkin ada yang dah jadi arwah. Inilah yang dikatakan oleh OSBON;
KERJA MALAS, GAJI NAK LEBIH!....
Ini pula adalah gambaran sikap sambil lewa GenSec dan Sekretariat FAM;
Wan Jamak, Kembar Abd. Razak, Irwan Fadzli, Farizal Harun dan Hai-O, dah lama ghaib dari Skuad NS tetapi FAM sediakan info pasukan secara tukar tahun sahaja. Lain - lain kekal seperti biasa walaupun mungkin ada yang dah jadi arwah. Inilah yang dikatakan oleh OSBON;
KERJA MALAS, GAJI NAK LEBIH!....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan