Jam 3.00 petang tadi JKPT seperti di bawah ini telah mengadakan Mesyuarat Khas
Resolusi Mesyuarat antara lain dilaporkan sebagai begini.....
Terima Kasih Wan Fakhrul-Berita Harian dan Hafizal Hamad-RTM kerana info ringkas di wall fb masing - masing |
Apabila tarikh itu dilanjutkan, maknanya Pemain Impot Terengganu itu dah diluluskan. TOK MAT SAID dah menang tetapi tidak pula Aji Midin dan GenSec FAM kalah.
TIDAK, keduanya tidak kalah, tidak akan mengaku kalah dan sebenarnya secara diam - diam, mereka berdua dah menang satu lagi cerita yang tidak pernah tersiar di akhbar.
CUIT SIKIT:
Kepada Aji Midin dan GenSec FAM, tahniah banyak - banyak kerana 'kecekapan' anda berdua mengendalikan bab - bab interpretasi hukum - hakam menggunakan pemain impot di Liga Malaysia 2012.
Namun, standard pemain kebangsaan Negara Asia yang dibenarkan bermain di Liga M ini mestilah datang dari negara Asia yang rankingnya lebih tinggi daripada Malaysia pada 24 Ogos 2011.
Syarat di atas adalah terpakai bagi mana - mana pemain yang diambil daripada mana - mana Liga Negara ASEAN.
Di Liga M sekarang, hanya kelantan dan Selangor yang menggunakan pemain Asia sebagai pemain impot. Kedua - dua pemain datangnya dari Lubenan / Labenon.
Pemain impot Selangor, Ramez Dayoub adalah pemain kebangsaan Lebanon dan bermain di Liga Myanmar [Negara Asean] sebelum ke Selangor. Ranking Lebanon pada tanggal 24 Ogos 2011 adalah lebih rendah berbanding Malaysia.
Menurut Presiden KAFA,
“sebenarnya agen Ramez ni pada
awalnya offer dia kat KAFA, tapi kita awal-awal lagi tolak, sebab kita tahu dia
tak layak..soal cooling period tu satu hal, tapi kat sini dia main Liga ASEAN,
bermakna dia WAJIB main dengan team kebangsaan Lubnan, tapi malangnya mengikut
peraturan Lubnan harus berada ranking lebih tinggi daripada Malaysia pada 24
ogos 2011, situasi dia tak macam Ghadar tadi, kat sinilah peraturan ranking tu
digunapakai, nampak tak?...”.
HARAM atau HALAL Selangor mendaftarkan Ramez Dayoub ini? Pastinya, jika berdasarkan tanggal 24 Ogos [ yang semua Badan Gabungan FAM maklum ], Selangor buat kerja HARAM.
TETAPI,
....jawatankuasa di bawah Tan Sri Aseh, telah membuat pindaan tukar 24 ogos tu kepada 24 November, iaitu latest ranking sebelum tarikh tutup pada 8 Disember, tapi yang silapnya surat pekeliling yang diedarkan tu adalah selepas tarikh tutup 8 disember, ini kesilapan besar, dan keputusan juga tak boleh diambil tanpa memaklumkan kepada ahli gabungan, dalam hal ini secara tidak langsung FAM telah memberi keistimewaan kepada Selangor...”..TAN SRI ANNUAR MUSA, Timbalan Presiden FAM selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan.
Macam ada komplot pulak supaya Selangor boleh mendaftar Ramez Dayoub.
Cerita penuh baca di
Nota kaki:
Pengerusi
YBhg Tan Sri Dato’ Seri Aseh Bin Che’Mat
AJK: TIADA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan