Jumlah Paparan Halaman

22.1.12

FELDA BIKIN PANAS.....

NEGERI SEMBILAN 1 FELDA UNITED 0. Itulah keputusan perlawanan keempat Liga Super 2012 buat kedua - dua pasukan.

Tiada apa yang menarik sebenarnya keputusan itu kerana ianya sepatutnya begitu. Tetapi, aku difahamkan, perlawanan itu berjalan dalam suasana agak panas dan khabarnya Yong Kuong Yong, pemain Felda United dikejarkan ke hospital kerana kecederaan serius yang dialami semasa perlawanan.

Kalau betul, kasihan si AhYong tak dapat berGONGXI tahun ini.

Namun, laporan menerusi wall fb rakan - rakan menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena apabila Hardi Jaafar dan Hamsani Ahmad, kedua - duanya cukup otai di arena bola sepak tanahair mendapat kad merah setelah tamat perlawanan angkara tindakan mereka menyerang Effa Owonna, penyerang Negeri Sembilan itu.

Lebih drastik, khabarnya Hardi Jaafar turut melaksanakan acara bergaduh dengan penonton di tempat duduk penonton [ grandstand/tempat duduk berbumbung]. Aku fikir itu bukanlah tugas yang perlu dilakukan oleh beliau yang pastinya mendapat gaji lumayan bermain dengan Felda United.

Kesudahannya, para penyokong NS berkumpul di luar stadium menunggu para pemain Felda United menaiki bas untuk pulang ke Kuala lumpur.....



CUIT SIKIT:

Seorang rakan menulis di wall fb aku....
ES EM
Hardi jaafar mmg kurang ajar dan tidak mempunyai mentaliti yg baik sbg pemain bolasepak profesional ...jika kuda tua dah tiada kudrat tu tak perlu la nk tunjuk samseng dan langsung tiada semangat kesukanan ...pelik sgt pelik player botak sorang ni ..

Jika begitulah sikap pemain Felda United, aku fikir Pak Lurah yang berbaju oren hitam dan berkacamata di bawah ini, mungkin serik untuk membawa penyokong Felda United dari Palong selepas ini. Main tak seberapa, gaduh aje yang lebih....



Carta Terkini Liga Super
Nota Kaki,

Terima kasih banyak - banyak buat laman Penyokong Setia Negeri Sembilan [PSNS], laman Kelab E-Penyokong Negeri Sembilan dan laman Pak Lurah yang upload gambar - gambar di atas. Aku tolong rembat je.....

1 ulasan:

  1. Apa yg berlaku di padang adalah di antara pemain, yang menjadi persoalan, kenapa penyokong N9 membaling pemain Felda dengan botol mineral sewaktu mereka bergerak keluar.

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH