Jumlah Paparan Halaman

21.1.12

APA DAH JADI.....


Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak skor lagi
Ap nak jadi
Apa nak jadi
Sampai sekarang masih melopong
Apa nak jadi

Min sepak nak masuk
Apek tampan tepi tiang
Baru nak berjinak-jinak
Melepaslah pulak

Masa kedua main baguih sikit
Faizal Bakar rembat kencang
Bola pulak kena palang
Melepaslah sudah

Cakap : Tak ada nasib…Carilah peluang lain....

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak jaring lagi lagi
Ap nak jadi
Apa nak jadi
Sampai sekarang masih melopong
Apa nak jadi

Serang terus serang
Pulun Kedah Pulun
Mat Yo telepaih la pulak
Gol kedua
Depa semua terkedu
Melepaslah juga

Cakap : Jaga sangat pemain impot Kelantan.....Mat Yo yang sumbat gol…

Apa dah jadi
Apa nak jadi
Sampai sekarang tak skor lagi
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang masih kosong
Apa kan jadi

Ingatkan takat dua je
Fauzi Nan pass belakang
Helmi Eliza tunjuk lawa
Import Kelantan skor la pulak

Cakap : Hey tuan oi…..Depan gol pun nak tunjuk lawa..Langsung kena TIGA

Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak skor lagi
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Kalau tak skor menyesal nanti
Apa dah jadi

Cakap : 
Ha..Jangan sampai depa semua buat demo lagi...Hati panas duit abih....Melepaslah lagi

Cakap: 
Hai lah tuan…Serba tak kena….Kena mandi air bungalah ni…

Apa dah jadi
Apa nak jadi
Sampai sekarang tak skor lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Sampai bila nak tunggu lagi
Tak boleh jadi (hai tuan oii)
Sabar lah lagi

Ubahsuai Lirik APA DAH JADI oleh TS S.M. Salim

CUIT SIKIT:

EMPAT PERLAWANAN maknanya TIGA RATUS ENAM PULUH MINIT. Tiga Ratus Enam Puluh Minit itu juga sama waktu dengan ENAM JAM.

ENAM JAM? Ya ENAM JAM itu sudah cukup membawa kita sampai ke Alor Setar jika menaiki bas ekspres dari Seremban.

ENAM JAM TU LAMA YA? Ya memang lama. LAMAAAAAAAA SESANGAT!

Itulah tempoh setakat ini yang dilalui oleh sebuah pasukan yang pernah menjadi pujaan seluruh peminat bola sepak Malaysia. Ketika itu, apa saja PIALA yang ada di Malaysia ini bagaikan diBORONG SAKAN dan diPULUN semuanya oleh KEDAH.

TETAPI, itu kisah dulu - dulu. Kisah semasa Kedah di tangan Robert Alberts dan Azraai Khor. KINI semuanya tiada lagi.

APA yang tidak kena sekarang ini? Setelah menyaksikan secara langsung di TV semalam, aku lihat pemain Kedah ini seperti tiada kehendak untuk menang. Cara mereka bermain pun seperti bermain di Liga FAM. Lambat dan tidak tersusun.

Semalam [ 20 Jan ], satu lagi pasukan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru [ MBJB FC ] yang gagal menjaringkan gol selama 270 minit, telah berjaya mendapat gol sulung mereka.

MAKA, tinggallah KEDAH sebagai satu - satunya pasukan yang belum menjaringkan gol di Liga Malaysia 2012 ini.

Ketua Jurulatih Sementara, Nizam Adha Yusuf [ nasib baik bukan Nizam Hasan ] pastinya tidur tak lena la ni.

KEDAH! TANPA GOL MANA HANGPA BULEH MENANG!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH