WAJAH - WAJAH BINTANG NS
|
29 Januari 2012, adalah permulaan kepada satu tempoh rehat yang agak panjang buat kesemua 26 pasukan Liga Premier dan Liga Super 2012.
Kecuali ATM dan Pahang yang akan turun untuk perlawanan kelima masing - masing pada 3 Februari ini, Liga Super akan bersambung semula pada 8 Februari manakala Liga Premier akan bermula kembali pada 10 Februari.
Usai 5 perlawanan sepanjang Januari, mari kita lihat sejauh mana Negeri Sembilan [NS] sang Juara Piala Malaysia 2011 dan Pemenang Pertandingan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah berjaya di Liga Super.
Buat masa sekarang, para penyokong NS masih dbuai kenangan dan nostalgia indah memenangi Piala Malaysia musim lalu. Ketika ini, kehadiran penonton masih baik dan memuaskan. Setakat ini, masih ada sekurang - kurangnya 10 ribu penonton hadir ke Stadium Tuanku Abdul Rahman [STAR] Paroi. Sesuatu yang menunjukkan peningkatan berbanding sekitar 5 ribu dua tiga musim lalu.
Namun, peningkatan kehadiran penonton ini sebenarnya tidak menggambarkan bahawa prestasi pasukan NS sudah meningkat di Liga Super 2012 ini.
SKOR SETAKAT ini
|
Pujian melambung oleh para penyokong di wall fb penyokong NS, juga sebenarnya adalah tidak berasas sama sekali. Mungkin anda semua hanyalah penyokong yang bersifat rakan ketawa sahaja. Menyokong ketika menang tetapi tidak berlandaskan fakta dan kenyataan.
Buat renungan bersama, pencapaian NS terkini adalah baik kerana usai lima perlawanan, NS berada di tangga keempat liga. TETAPI, pencapaian ini sebenarnya tidaklah lebih baik berbanding tempoh yang sama musim lalu.
Faktanya di bawah ini.....
USAI 5 Perlawanan 2011, NS di tangga ketiga.
|
Usai 5 Perlawanan 2012, NS di tangga keempat.
|
Setakat ini, tiada yang berubah diantara pencapaian Wan Jamak [2011] dan Azraai Khor [2012]. Apa yang nyata sekarang ini, NS gagal menang di tiga perlawanan walau pun mendahului lawan. Mungkin ramai penyokong yang masih pedih ulu hatinya melihatkan dua gol pendahuluan yang dijaringkan oleh EFFA Owona hanya mampu memberikan satu mata ketika bertemu Selangor di Paroi.
Mungkin juga ramai yang togak rambutnya menyambut gol hebat menerusi sepakan percuma EFFA di Ipoh yang tidak langsung memberikan mata kepada NS. Malah, dua jaringan oleh DUA S [ Shakir dan Shukor ] di Kuching, masih boleh disamakan lawan di akhir permainan.
Mengapa begitu?
Jawapan aku, NS sebenarnya ada masalah di bahagian midfield terutamanya di kawasan defensive midfield itu. Selepas ditinggalkan oleh Rezal Zambery Yahya, bahagian itu jelas tidak mampu diisi dengan baik samada oleh Qhairul Anwar Ruslani, Arif Shamsudin, Halim Zainal malah oleh Rashid Mahmud sekali pun. G. Mahathevan yang tinggi lampai dan panjang kaki itu pun tidak boleh mengisi kekosongan itu.
Lantaran ketiadaan holding midfield inilah, membolehkan lawan terus masuk ke bahagian pertahanan yang dikuasai oleh Norhafiz Zamani yang bagi aku masih belum mencapai tahap sebenarnya lantaran hampir setahun tidak bermain musim lalu.
BEK TENGAH TURUT BERMASALAH;
Selepas era Marian Juhas, Aidil Zafuan masih mampu beraksi baik di bek tengah itu. Jelasnya, ketika mengharungi kancah Piala Malaysia musim lalu, Angah kelihatan baik persembahannya kerana didampingi oleh Aidil atau pun Irwan Fadzli yang bermain cemerlang ketika itu.
Namun musim ini, setelah ditinggalkan oleh Aidil dan Irwan, Norhafiz jelas gagal menjadi benteng pertahanan yang baik untuk NS.
Jika musim lalu, Wan Jamak dihantui oleh masalah kecederaan pemain di awal musim, aku fikir musim ini Azraai tidak menghadapi masalah serupa. Tetapi yang jelas, barisan pertahanan khususnya bek tengah NS ada masalah besar yang perlu diatasi segera menerusi pengambilan pemain import atau menggunakan semula khidmat Shukor Adan di bahagian itu seperti di musim 2009 dan 2010.
Tiada guna mempunyai striker yang hebat seperti EFFA sekiranya pertahanan khususnya bek tengah gagal menjalankan tugasnya.
Satu lagi penyumbang kepada prestasi yo - yo sekarang ini ialah kegagalan S. Kunanlan dan Shahurain Abu Samah membuat hantaran - hantaran lintang berkualiti kepada penyerang seperti di musim - musim sebelum ini.
Jika TIGA kelemahan ini gagal dibaiki dalamasa terdekat, aku fikir tahap NS di akhir Liga nanti hanyalah setakat berada di tangga kelima hingga lapan sahaja.Sangat jauh untuk layak bertanding di peringkat AFC musim 2013.
2011- 5 perlawanan pertama di bawh Wan Jamak.
|
2012 - 5 perlawanan pertama di bawah Azraai Khor.
|
CUIT SIKIT:
Tulisan ini bukanlah berniat supaya Azraai diganti pula dengan jurulatih lain. Tulisan ini adalah buat anak muda yang mati - mati menyokong NS tetapi tidak memahami erti pencapaian yang diperlukan sekiranya berniat untuk menjuarai Liga Super seperti di tahun 2006 lalu.
Bersama - samalah kita membantu supaya NS mempunyai pasukan berprestasi tinggi yang bertaraf pasukan yang dicabar [ JUARA ] bukannya sebagai pasukan yang mencabar [ bercita - cita nak jadi juara ].
Jadilah penyokong yang memahami masalah pasukan supaya anda bukan sekadar melambungkan pujian melangit tetapi dalamasa yang yang sama, juga telah telah bersedia untuk memijak sekiranya jatuh.
Penyokong setia adalah penyokong yang faham masalah pasukan dan tidak melampau ketika memuji dan juga tidak keterlaluan ketika mengeji.
Penyokong setia adalah penyokong yang faham masalah pasukan dan tidak melampau ketika memuji dan juga tidak keterlaluan ketika mengeji.
Memenangi Piala Sultan Ahmad Shah langsung tidak membawa impak sekiranya gagal memberikan cabaran di Liga Super.
|
Mungkin para penyokong NS masih dibuai mimpi indah memenangi Piala Malaysia dan Piala Sultan Ahmad Shah membuatkan anda semua memuji prestasi terkini pasukan.
INGATLAH!!!!!
Dilambung memang tak pocah, tetapi kalau jatuh terhompeh, gerenti berdorai. Kalau dipijak - pijak pulak, langsung bersepai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan