Jumlah Paparan Halaman

2.2.12

TUKAR SELERA.....

CUIT SIKIT:

JUMAAT ini kepada yang berminat dengan bola sepak Liga Malaysia, inilah perlawanan tunggal yang ada.

Inilah juga satu - satunya perlawanan yang akan disiarkan secara langsung di tv. Sangat jarang host penyiar bola sepak Malaysia mahu menyiarkan secara langsung perlawanan Liga Premier. Maklumlah kelas dua.

Menariknya, inilah perlawanan Liga Premier Malaysia yang mendapat tumpuan media cetak dan elektronik. Laporan media cetak terutamanya sering memaparkan persediaan dan kenyataan selepas perlawanan daripada pengendali pasukan.

MENGAPA?

Hanya satu perkara yang dikongsi bersama oleh ATM dan Pahang. Keghairahan kedua - dua pasukan untuk layak ke Liga Super 2013 melebihi pasukan - pasukan lain di Liga Premier.

ATM terutamanya telah berbelanja besar membawa masuk bintang - bintang yang pernah bersinar bersama Negeri Sembilan. Kembar Abdul Razak, Hai-O, Irwan Fadzli, Farizal Harun malah Rezal Zambery Yahya juga bermain untuk ATM sekarang ini.

Boleh dikatakan, ATM adalah bukan lagi pasukan belasahan tetapi sudah bertukar selera untuk menjadi satu nama besar di persada bola sepak Malaysia.

Pahang? Tidak banyak perubahan di Pahang. Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan masih di sana. Paten jersi musim lalu dan musim ini pun hampir serupa. Barisan pemain tanpa bintang besar dan kelihatan agak low - profile.

Namun, setakat ini Pahang agak konsisten dengan tiga kemenangan dan satu seri. Manakala ATM pula tewas sekali kepada Sime Darby FC.

Jaringan

Sepuluh gol dan hanya bolos dua selepas empat perlawanan,  Pahang pula menjaringkan sembilan gol dan bolos tiga.

Jangkaan?

ATM dilihat lebih berpeluang untuk memungut tiga mata kerana ketajaman Hai - O dan Marlon Alex James.

Selamat maju jaya buat Sathia dan Dollah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH