Jumlah Paparan Halaman

11.2.12

APO DAH JADI JANG?.....

Keputusan, Carta Terkini dan Perlawanan Akan Datang
Lions XII FC mungkin bukanlah pasukan sebenar Singapura.  Ia hanyalah sebuah kelab yang ditubuhkan untuk menyertai Liga Super Malaysia sebagai pertukaran dengan penyertaan Harimau Muda A di Liga Singapura [ S- League ].

Namun, malam tadi, Lions XII benar - benar mengaum. Mangsanya bukanlah calang- calang pasukan. SANG RUSA, selaku Juara Piala Malaysia 2011 menjadi mangsa Singa di Stadium Jalan Besar, Singapura. 3-1, itulah keputusan akhir malam tadi.

Mungkin ramai yang berkata, gelanggang rumput tiruan memberikan banyak masalah kepada pasukan - pasukan dari Malaysia termasuklah pasukan negara yang di belasah ketika pusingan kelayakan Piala Dunia lalu.

MUNGKIN BENAR, MUNGKIN TIDAK. Khamis lalu, Harimau Muda A jelas tidak menghadapi kesukaran untuk menang di gelanggang rumput tiruan itu.

MEMANG TIDAK. Kerana Kelantan dan Terengganu mampu menang di Stadium Jalan Besar sebelum ini.

APO KONO EH JANG? Apo sobab Ruso toruk dibaham Singo?

Jawapannya, kajilah carta di bawah ini.

Tulisan putih - Carta Bolos Terbanyak
Tulisan kuning - Carta Jaringan Terbanyak
Apa maknanya? Makna atau makno eh, Sang Ruso atau Jang atau NS ini, sebenarnya ada masalah pertahanan khususnya di pertahanan tengah. Justru, selepas tujuh perlawanan, hanya dua perlawanan yang menyaksikan pihak lawan tidak dapat membolosi pintu gol NS. Johor FC tewas 0-2 manakala Felda United tewas 0-1 kepada NS.

Manakala lima perlawanan lain, walau pun menang, NS tetap dibocori lawan. Dan, malam tadi adalah malam terbanyak NS melepaskan gol kepada pihak lawan setelah Selangor, Perak dan Sarawak mampu menembusi pintu gol NS dua kali dalam satu perlawanan.


Makno eh, walau pun EFFA dan SHAKIR banyak menjaringkan gol, banyak jugalah pertahanan dan penjaga gol NS melepaskan gol kepada pihak lawan.


AK-9 tentunya pening kepala memikirkan masalah pertahanan NS ini kerana, untuk menjuarai liga, faktor perbezaan jaringan mungkin akan diambilkira bagi menentukan juara. DAN, hanya juara liga sahaja yang layak untuk bermain di peringkat AFC.

Bermain di AFC akan memberikan lebih cabaran dan pengalaman buat pasukan untuk terus meningkat. Penyokong juga bakal menonton perlawanan - perlawanan yang lebih berkualiti.

Semuanya mendapat faedah. Faedah paling besar buat pemain yang turut mewakili negara kerana mendapat pelbagai pengalaman bertarung dengan kelab - kelab besar di Asia.

CUIT SIKIT:

Aku tak tahulah sekiranya NS tidak berminat untuk menjuarai Liga Super dan bermain di AFC.

Hanya ada dua pertandingan yang akan membawa pasukan dari Malaysia ke AFC. Liga Super dan Piala FA....fullstop.

Setakat menang Pialo Malaysia tu, tidak lebih dan tidak kurang, sebagai JAGUH KAMPUNG ajo. Tak ke mano pun.

MAHUKAH kita menerima NS adalah JAGUH KAMPUNG?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH