Jumlah Paparan Halaman

19.2.12

KALAH TU, KOJO DIO.....

SEBELUM.....Kejuaraan 2010 dijangka berulang di tahun 2012.

SELEPAS DAN TERLEPAS SATU PELUANG KE ASIA....
Yang berulang kembali bukannya KEJAYAAN dan KEJUARAAN.
Yang berulang ialah rasa pedih di ulu hati penyokong kerana NS kalah pusingan pertama di arena sendiri, seperti musim lalu. Musim lalu NS tewas kepada KL.
Natijahnya, kalah pusingan pertama ini adalah perkara biasa buat NS.
Dah kojo dio kalah tu.
Apo nak dikato.....

Kad Prestasi Januari dan Februari 2012.....

Pencapaian Seimbang.....Keputusan sepintas lalu 9 perlawanan.
Lapan Liga Super dan 1 Piala FA.

Senarai Penjaring Gol.....

Kek Agihan Pencapaian.....Biar Lebih Mudah dan Jelas dikaji.

PENTING! Itu pasal dalam warna MERAH.
Berdasarkan jumlah perlawanan yang sama.
Kedudukan di Liga Super sedikit lebih baik berbanding tahun lalu.
Jaringan meningkat, bolos juga meningkat.

RANJAU PERTAMA BULAN MAC.
Sang Juara Bertahan Liga Super 2011, Kelantan menanti Juara Piala Malaysia 2011, NS di Kota Bharu. Rekod NS di Kota Bharu boleh dikatakan agak baik.
Kelantan telah ditewaskan oleh NS di Piala Sultan Ahmad Shah 2012.
Sedikit kelebihan psikologi tetapi tidak menjadi sebab untuk bermegah.
Tambahan pula, setakat ini Kelantan belum kalah di Kota Bharu.
GOMO VS HOBEN. Menarik jika ada siaran langsung di tv.
CUIT SIKIT:

Ekoran kekalahan NS kepada Johor FC semalam, kembali bergema laungan supaya seseorang di Medan Rahang dinyahkan daripada kerusi empuk di sana.

Kenapa ya?

Adakah mamat ini masih lagi mencampuri urusan pasukan?
Adakah mamat ini masih lagi cuba menampilkan kroninya dalam pasukan?
Adakah mamat ini tidak faham - faham bahawa tugas beliau sekarang adalah menguruskan persatuan bukannya menolong menguruskan pasukan?

Ada sesiapa yang boleh jawab? Tinggalkanlah komen anda....

3 ulasan:

  1. kalau dah bukan urusan dio tapi masih lagi campur tangan, humban jo DIO tue dari kerusi ompok... biar dio duk kek kerusi konkrit stadium lak..

    BalasPadam
  2. memang patut mamat tuh blah.
    sakit kat ulu hati sebab kalah masih xhilang
    sodih. raso nak menangis.
    tp kalau tgk undian napo selangor eh lalun mudah bona? mmmmm

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH