Jumlah Paparan Halaman

29.2.12

NOTA MANGSA ROGOL.....

Kasihannya gadis sunti berusia 14 tahun ini.


Di saat dia sepatutnya menghadapi hari - hari ceria dan gembira di dalam hidupnya, malang telah menimpanya.


Di waktu dan ketika sepatutnya dia hadir ke sekolah bersama rakan - rakan, dia hanya mampu mengurung diri di rumah.


Di masa sepatutnya dia memenuhi hidup sebagai remaja dengan segala nota ceria dan aktif, dia hanya mampu merenung masa hadapan yang samar dan mungkin terus gelap.


Semuanya bermula ketika dia membuat aduan betapa Pak Ngah yang sering menemaninya di saat suka dan duka sebelum ini telah menganiayanya.


Pak Ngah yang juga adik kandung ayahnya telah merogolnya sewaktu mengadakan Program Hari Keluarga di Borneo.


Tiada jalan lain, maka mengadulah sigadis kepada ayahnya. Mengadulah dia kepada Pak Alang dan Pak Usunya. Maka heboh jugalah seantero kampung dan mukim berkenaan kisah gadis dirogol bapa saudara kandung.


Setelah tidak tahan dengan pelbagai cerita dan gosip, akhirnya keluarga berkenaan telah mengambil jalan dengan mengadakan siasatan yang telus, mulus dan fulus demi mencari kebenaran.


Akhirnya, biarpun kejadian rogol itu telah dibuktikan dengan 3gp, wmv dan flv serta klip audio, gadis itu TELAH DIPERSALAHKAN kerana membiarkan dirinya dirogol oleh bapa saudaranya sendiri. Gadis itu dipersalahkan kerana tidak menutup tempat sulitnya dengan sempurna sehingga memudahkan perbuatan rogol itu berlaku.


Gadis itu juga dipersalahkan kerana membuat aduan sehingga menimbulkan rasa malu dan aib kepada keluarga berkenaan. Gadis itu telah dituduh cuba mencemarkan nama baik keluarga. Pada hal nama keluarga berkenaan telah berpuluh - puluh tahun tidaklah sebaik yang mereka sendiri sangkakan.


Sebenarnya, di mata masyarakat kampung dan mukim berkenaan, keluarga tersebut adalah contoh kepada keluarga dajal dan serabut serta kusut. Hanya keluarga berkenaan sahaja fikir mereka hebat.

CUIT SIKIT:

Begitulah nasib yang menimpa 42 atlet dan 16 Jurulatih Olahraga Malaysia sekarang ini.

Ibarat MANGSA ROGOL yang membuat aduan, bukanlah sipelaku rogol yang disiasat. Tetapi simangsa pula yang didakwa.

Kenapa jadi begitu? Jawapan aku, APABILA DALANG MENCARI DALANG, MAKA YANG MUNCUL IALAH MALANG.

Bacalah posting lama aku bertajuk

Nota Kaki:
Sedekad lalu, memang keluarga itu hebat kerana saban tahun, berbelas ahli keluarga berkenaan sangat cemerlang di SEA dan Asia. Kini, lantaran karenah Pak Ngah berkenaan, seandainya keluarga berkenaan mampu melahirkan tiga ahli cemerlang, itu sudah dikira amat baik. Ketahuilah, keluarga ini ialah keluarga Kusutnya Olahraga Malaysia [KOM].


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH