Jumlah Paparan Halaman

4.2.12

SAIFUL NIZAM TERSUNGKUR.....

Satu keputusan yang telah dijangka ialah ATM akan memenangi pertempuran di Kelana Jaya malam ini.


ATM 3 PAHANG 2. Itulah keputusan perlawanan pertama yang melibatkan dua pasukan yang dijangka akan terus bersaing untuk menjuarai Liga Premier Malaysia musim ini. Perlawanan untuk pusingan kedua akan berlangsung pula samada di Temerloh atau Kuantan yang dijadualkan bakal berlangsung pada 16 Jun nanti.


Secara amnya, perlawanan tadi adalah jauh lebih bermutu berbanding perlawanan melibatkan pasukan KEDAH di Liga Super itu. DAN, ianya juga adalah petanda bahawa stesen tv perlu lebih banyak menyiarkan secara langsung mahu pun tertunda perlawanan - perlawanan Liga Premier sebagaimana tumpuan untuk Liga Super. Setakat ini, tahniah kepada Astro Arena kerana menyiarkan perlawanan tadi secara langsung.

Carta Terkini Liga Premier

Di sebalik kerancakan dan kualiti permainan yang baik, budak ini,


berjersi nombor 3 untuk Pahang telah mencemarkan permainan menarik Pahang kerana sikap tidak profesionalnya di padang.

Seawal minit ke 9, Saiful Nizam Miswan telah menghadiakan sepakan penalti untuk ATM gara - gara mengkasari Marlon di petak penalti Pahang. Beliau mendapat kad kuning yang bagi aku bukan kerana kekasaran tetapi kerana membantah keputusan pengadil.

Lebih teruk apabila isyarat lucahnya turut disiarkan secara langsung di tv. Beliau bernasib baik kerana tidak dihadiahkan kad merah ketika itu.

Namun, di minit ke 15, tandukannya menghasilkan gol penyamaan Pahang. Nampak seperti sudah tertebus kesilapan terdahulunya. Dan, di minit ke 20, tandukan beliau menghasilkan gol kedua untuk ATM. Gol sendiri dalam usaha mengeluarkan bola daripada memasuki gawang Pahang.

Dan lebih teruk, pada minit ke 77, beliau yang sudah mampu bermain dengan baik telah diperintah keluar padang kerana menerima kad kuning kedua angkara mengkasari Hai - O. Bagi aku, inilah wajah sebenar pemain pro kita. Nampak macam pro tetapi langsung tidak pro.

Tindakan Saiful Nizam mengkasari Hai - O itu tidak sepatutnya berlaku kerana ketika itu bola jauh daripada kotak penalti dan, bukannya menuju ke arah pintu gol Pahang.

Gara - gara bermain 10 orang, gol Pahang akhirnya ditembusi buat kali ketiga pada minit ke 84. Tambah meriah apabila Shahrizan Salleh seorang pemain bertaraf Otai turut menerima KAD MERAH kerana kesalahan profesional apabila menampan bola dengan tangan ketika cuba mematahkan serangan balas ATM.


CUIT SIKIT:


Gara- gara tindakan tidak berakal seorang pertahanan, rekod tanpa kalah Pahang akhirnya musnah di Kelana Jaya.

Dollah dan Zainal punya tugas lebih berat selepas ini, kerana pada 7 Februari nanti,  bakal bertemu JOHOR yang mendapat bantuan teknikal daripada FANDI AHMAD bekas bintang tersohor Singapura dan Asia itu. Tugas Pahang tentunya sukar kerana kehilangan dua pemain utama bahagian pertahanan serentak.

TAHNIAH Saiful Nizam Miswan kerana 'kecerdikan dan sikap pro' anda menyebabkan TOK GAJAH tersungkur dibedil ATM. Lain kali buat lagi yo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH