Jumlah Paparan Halaman

8.2.12

MOH MENGEJOR YOP.....

TERKINI 8 FEBRUARI 2012
Sesuatu yang baik berkenaan Liga Super dan Liga Premier Malaysia adalah kedudukan pendahulunya sering berubah. Tiada pasukan yang dominan setiap kali perlawanan berakhir di setiap hari perlawanan.

Usai 3 perlawanan pertama, T - Team dari Terengganu menguasai Liga Super dan selepas perlawanan keempat, Kelantan mengambil alih penguasaan.

Hari ini, 8 Februari, setelah selesai 6 perlawanan, PERAK pula yang menjadi pendahulu. Setidak - tidaknya sehingga Sabtu ini. Ini ngam dengan slogan Kejor Yop Kejor.

Kijang, Penyu, Rusa, Gergasi, Singa, Lebah, Peneroka Felda, Semut Api dan lain - lainnya akan menjadi pengejor setia Yop pula.

Jika Kelantan menjadi pasukan tunggal yang belum kalah, PKNS dan Kuala Lumpur pula, adalah pasukan yang belum menang setelah Kedah akhirnya menemui kemenangan bertemu Kuala Lumpur di Melaka.

CUIT SIKIT:

Pertempuran sengit pasti berlaku di Kota Bharu Sabtu ini. Sejarah membuktikan, Kelantan dan Terengganu tidak akan berkompromi apabila bertemu di padang bola.

Jika Kelantan dan Terengganu seri maka YOP akan terus kekal di atas buat seterusnya. Itu pun jika mereka mampu menewaskan ANAK PENYU [ T-Team ] di Kuala Terengganu.

 
Perlawanan lain yang agak menarik, pastinya pertemuan PKNS FC dan Selangor di Kelana Jaya.

 
Tetapi yang paling menarik ialah pertemuan Singa dan Rusa di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Singa membaham rusa atau rusa yang menanduk singa, nanti kita lihat siapa yang kena..........
AKU PILIH YANG NOMBOR DUA. Nombor lain, engkau orang ambiklah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH