Mulai 17 Februari, pertandingan kalah mati untuk semua negeri dan kelab yang bermain di Liga M bakal bermula.
PIALA FA adalah pertandingan kalah mati yang mendapat pengiktirafan oleh AFC dan FIFA tetapi dipandang sebagai pertandingan kelas dua di Malaysia ini.
Hairan, pelik dan bingung apabila kebanyakan pasukan masih menjadikan Piala Malaysia sebagai keutamaan. Pada hal, pemenang Piala Malaysia tidak akan ke mana - mana pun. Juara PIALA MALAYSIA hanyalah JAGUH KAMPUNG sahaja.
Selain juara Liga Super, pemenang Piala FA bakal mendapat peluang beraksi di peringkat Asia pada musim hadapan. Bermain di ASIA bakal mendedahkan lebih banyak pengalaman dan sekali gus boleh membuka peluang untuk pemain secara individunya mendapat tawaran bermain untuk kelab - kelab yang lebih besar di ASIA.
Tiada gunanya para pegawai dan pemain kita berangan - angan untuk bermain di England seperti yang dilakukan di Cardiff baru - baru ini.
Bermain di Asia juga boleh memberikan peluang untuk ke Eropah sekiranya pemain itu bagus. Tetapi, berusahalah untuk memenangi Liga Super atau Piala FA di negara sendiri terlebih dahulu.
Hanya Liga Super dan Piala FA sahaja yang boleh memberikan tiket untuk bermain di peringkat Asia. Jika ini pun ramai yang tidak faham, berhentilah daripada menjadi pegawai persatuan atau pengurusan pasukan dan juga daripada menjadi pemain profesional di negara ini.
Aku berharap mulai tahun ini, semua pasukan yang bertanding di Piala FA menganggap pertandingan ini sebagai serius dan perlu dimenangi. Kepada pasukan - pasukan kerdil khususnya yang bermain di Liga FAM, lakukanlah upset ke atas lawan - lawan kamu yang lebih ternama.
Contoh perlawanan tikus menentang gergasi ini ialah;
SHAHZAN MUDA lawan SELANGOR di Temerloh dan UiTM FC lawan LIONSXII FC [ Singapura ]. Kedua - dua perlawanan akan berlangsung pada 18 Februari.
Aku mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Astro Arena dan TV1 kerana memandang serius pertandingan Piala FA ini dengan siaran secara langsung dari peringkat awal lagi.
Sekali lagi aku ingatkan, PIALA FA bukanlah pertandingan kelas dua. Ia adalah pertandingan merebut piala yang prestij di mata AFC dan FIFA. Berhentilah memburu Piala Malaysia yang hanya membolehkan anda cuma bergelar Jaguh Kampung.
Bakal juara Piala FA 2012 adalah,
Itu ramalan dari FELDA PALONG DUA, Jempol, NS |
CUIT SIKIT:
Kembali kepada pengalaman aku beberapa tahun dahulu.
Aku mendapat khabar daripada seorang kawan yang amat rapat dengan orang kuat sebuah persatuan bola sepak negeri yang mengatakan bahawa ORANG KUAT PERSATUAN itu tidak suka pasukan negerinya menang pertandingan Liga Super atau Piala FA kerana kantung persatuan bola sepak negeri berkenaan sangat ciput.
Orang Kuat Persatuan itu mengakui pening kepala mencari duit untuk biaya pasukan sekiranya perlu bermain di peringkat Asia.
Patutlah selama ini, pasukan negeri berkenaan hanya cukup makan sahaja di Liga Super dan sering kali tewas di peringkat awal Piala FA.
Aku amat berharap, mulai tahun ini Orang Kuat Persatuan tersebut tidak lagi bersikap seperti empat lima tahun dahulu. Janganlah hanya bermegah mengusung Piala Malaysia ke serata ceruk negeri padahal piala berkenaan tidak mampu membawa pasukan anda keluar negara, waima ke Singapura dan Brunei sekali pun.
FIKIRKANLAH JALAN UNTUK KE ASIA bukan hanya mencari jalan bagaimana hendak balik ke Rembau.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan