32 untuk 1. Itulah yang boleh dikatakan berkenaan penyertaan pasukan di pertandingan Piala FA Malaysia 2012. Kejohanan kalah mati tempatan ini telah berakar umbi di era semi-profesional lagi.
1990 itulah tahun pertama ia dipertandingkan dan Perak muncul JUARA PERTAMA. Selepas itu, ada 10 lagi pasukan yang silih berganti memenanginya dan Selangor paling dominan dengan lima kejuaraan dan dua kali naib juara.
Maknanya, tahun ini adalah tahun ke 22 pertandingan itu berlangsung dan telah mencapai tahap kedewasaannya. Usia yang sepatutnya sudah menyumbang sesuatu kepada prestij dan glamour kepada pemenangnya.
Malangnya, di Malaysia piala ini masih dipandang sepi oleh pasukan - pasukan yang bertanding di Liga M. Kebanyakan pasukan masih lagi memburu Piala Malaysia sebagai keutamaan. Mengpa begitu?
Hanya kerana Piala Malaysia telah lama berakar umbi dan menjadi satu - satunya piala yang dipertandingkan sebelum era semi- pro bermula 1987. Piala Malaysia sudah sebati dan menjadi darah daging kepada masyarakat bola di Malaysia.
Namun, jika pasukan - pasukan di Malaysia ingin bermain di peringkat AFC dan FIFA, mereka perlu memenangi samada Liga Super atau pun Piala FA. Inilah sahaja dua pertandingan yang diiktiraf AFC dan FIFA dan memberikan penghormatan kepada pemenangnya untuk bertarung di peringkat Asia. Seandainya menang di peringkat Asia maka, pasukan berkenaan layak pula bermain di kejohanan kelab - kelab dunia [ Piala Dunia Kelab FIFA ].
Berbalik kepada Piala FA 2012, teruskan mengikuti catatan ini.
Pecahan Penyertaan Pasukan |
Senarai Pasukan |
LALUAN KE BUKIT JALIL: Carta Pertandingan. Pusingan satu dan dua dijalankan sekali sahaja.
|
CUIT SIKIT:
Bagi aku, sekiranya FAM lebih teliti mengatur undian, maka tidak akan berlaku pertarungan sesama taraf di peringkat awal ini.
Tiga perlawanan membabitkan enam pasukan Liga Super, satu perlawanan sesama pasukan Liga Premier dan dua perlawanan menemukan pasukan Liga Premier dan Liga FAM sepatutnya tidak berlaku. Rujuk jadual di bawah;
Sepatutnya, biarlah pasukan - pasukan dari Liga Premier dan Liga FAM diundi berhadapan dengan pasukan Liga Super di peringkat awal ini. Jika berlaku sebarang upset, itulah kemeriahan sebenar pertandingan kalah mati ini. Para peminat tegar pastinya mengharapkan ada keputusan luar dugaan apabila Gergasi bertemu Tikus.
Jika awal - awal lagi GERGASI bertemu GERGASI dan TIKUS berlawan dengan TIKUS, di akhirnya, pertandingan ini sudah hilang serinya.
Semoga di tahun hadapan pihak JKPT FAM lebih teliti menyusun jadual kalah mati ini.
Dua perlawanan sabtu ini yang aku harapkan akan berlaku upset;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan