Jumlah Paparan Halaman

15.2.12

FELDA KALAH LAGI.....

Hari ini 14 Februari 2012, adalah hari yang amat lega buat Haji Irfan Bakti Salim, Ketua Jurulatih Selangor.


Manakan tidak, setelah tujuh perlawanan terumbang-ambing, hari ini Selangor muncul pasukan pertama menewaskan Kelantan musim ini. Jaringan cantik Shafiq Rahim dan Bolaban memberikan 3 mata penting kepada Selangor sekali gus memberikan nyawa kedua kepada Haji Irfan.


Anak Singa dari seberang tambak pula meneruskan kejayaan manis. Setelah meratah Rusa Sabtu lalu, hari ini Seladang pula berjaya ditumbangkan.


Hari ini juga adalah hari yang menyaksikan FELDA UNITED meneruskan rekod cemerlang mereka. Cemerlang? YA! Amat cemerlang kerana hari ini Felda United KALAH buat kali yang KEENAM di Liga Super Malaysia 2012.


Selepas terkejut kerana menang satu kosong mengatasi Selangor, budak Felda ni menjadi ahli tinju di Seremban. Dan, angkara bertukar profesion itulah, sejak 17 Januari lalu, Felda United hanya mampu meraih satu mata daripada empat perlawanan.


Pasukan yang ditaja oleh enam jenama hebat termasuklah Tongkat Ali dan Minyak Masak ini seperti sekadar hendak menghabiskan duit Felda yang sememangnya dah nak habis tu. Enam penaja ini pastinya inginkan kredit daripada KEJAYAAN bukannya KEGAGALAN.


Hari ini, Felda KALAH 0-3 kepada T-Team dengan dua jaringan dihasilkan setelah pihak lawan bermain 10 orang. Bayangkanlah, lawan dengan 10 pemain pun, Felda masih dibolosi dengan dua gol. Memang sah BANGANG AMET-AMET ni!


CUIT SIKIT:

Kalau Dato' Dzul dan Aji Bidin boleh ditendang keluar oleh TS ISA dari Wisma Felda, takkan tindakan yang sama tidak boleh dibuat kepada Ellavarasan, Ketua Jurulatih Felda United ni.

Yang bertaraf TETAP & BERPENCEN pun boleh dibuang kerja inikan pulak yang bertaraf kontrak.

Selaku Pengerusi Felda, aku fikir TS Isa boleh melakukan apa sahaja tindakan untuk memulihkan prestasi Felda United ni.

TAPIIIIIIIIIIIIIIII.....TS Isa mana ambil tahu pasal Felda United. Itu sebabnya semasa bertemu NS di Paroi, tiada kelibat beliau di stadium.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH