Jumlah Paparan Halaman

26.2.12

BOLA KITO, BAHASO KITO.....

Seminggu lagi, Liga Super Malaysia 2012 akan bersambung semula setelah berehat untuk laluan perlawanan pra - olimpik dan juga perlawanan ujian Harimau Malaya bertemu Sabah dan Filipina.

Menariknya, satu perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat 2 Mac telah diubah ke 3 Mac. Manakala satu perlawanan yang dijadualkan pada Sabtu 3 Mac telah dipinda ke 2 Mac. Aku fikir, ini adalah kehendak PENAJA bukan kehendak JKPT FAM dan juga keperluan pasukan berkenaan. Perlawanan pada 2 Mac itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran penaja berkenaan.

Menarik juga, satu perlawanan liga super bakal diadakan pada hari Ahad. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Aku percaya ini adalah satu lagi kehendak PENAJA yang bakal membawakan secara langsung perlawanan itu di tv. Pastinya amat baik buat penyokong yang tidak dapat ke stadium.

Begitulah hebatnya PENAJA Bola Sepak ini. Justru, tidak hairan sekiranya EPL dimainkan sekitar jam 10 pagi waktu England bagi membolehkan jutaan penonton Asia mengikuti siaran langsungnya pada awal malam.

Berbalik kepada Liga Super Malaysia, perlawanan - perlawanan yang bakal berlangung pada Jumaat, 2 Mac hingga Ahad, 4 Mac ini adalah perlawanan ke sembilan buat semua pasukan. Dan salah satu perlawanan itu sangat menarik kerana mempertemukan Juara Liga Super 2011 dan Juara Piala Malaysia 2011.....

Kasihan penyokong setia NS yang mungkin sudah berkira - kira membuat rombongan ke Kota Bharu awal Mac itu terpaksa membatalkan hasrat dan niat hanya kerana penundaan tarikh perlawanan.

Jika sebelum ini ada rombongan Jang ke Singapura kerana perlawanan berlangsung pada Sabtu, apabila hari perlawanan sudah bertukar ke Ahad, mana mungkin rombongan boleh diatur kerana Isnin itu adalah hari bekerja.
Aku tidak fikir ada para penyokong NS yang sanggup ke Kota Bharu pada Ahad, kembali semula malam itu juga ke Seremban dan sampai semula di Seremban pagi Isnin. Terus masuk ofis dengan mata merah dan berkemungkinan besar akan tertidur semasa bekerja. Siapa sanggup berbuat demikian?

Justru, bagi aku, penundaan tarikh perlawanan itu bukan sekadar mengikut kehendak penaja, malah juga telah memberikan kelebihan yang cukup besar buat tuan rumah daripada aspek kehadiran penonton dan penyokong. Siapa Untung?

CUIT SIKIT:

Bagi Jang yang tidak dapat ke Kota Bharu, tontonlah secara langsung perlawanan itu di mana - mana sahaja asalkan tidak merbahaya.

Iringilah pasukan NS dengan doa semoga berjaya di Kota Bharu. Ada juga baiknya sekiranya kito motivasikan pasukan kito seperti ini.....
Inilah bahaso yang digunakan oleh orang tua kito dulu- dulu ....
Ado sesapo yang setuju?
Bahaso Jang ini macam kasar tetapi itulah bahaso motivasi yang membolehkan ramai Jang berjaya di bidang masing - masing.

TAKDO TIGO MATO; EKAU JANGAN BALIK!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH