Jumlah Paparan Halaman

22.2.12

KISAH SANGGAM DI DEWAN PERDANA FELDA.....



Peneroka diusir pada taklimat Koperasi Felda

Aidila Razak 5:52PM Feb 22, 2012

Seorang peneroka hari ini diusir daripada menghadiri sesi taklimat yang diadakan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Kuala Lumpur, selepas beliau menyoal pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berhubung jaminan kepada pemegang saham mengenai dividen mereka.

"Saya mahu jaminan dividen kami apabila Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan. Isa beritahu saya Perdana Menteri beri jaminan. Saya beritahunya PM tidak akan jadi PM selama-lamanya.

"Kemudian Isa berkata jika saya tidak percaya kepada PM, saya harus tinggalkan dewan. Saya beritahunya, saya sudah berada di Felda selama 50 tahun, tetapi awak hanya masuk Felda selama dua tahun dan dakwat pada ibu jari awak pun masih basah. Awak yang patut tinggalkan dewan,” kata R Sanggam yang berasal dari Felda Sendayan.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3:30 petang tadi.

Mengesahkan ceritanya, adalah rakan peneroka Saparuddin Mohd Yasin yang berkata, keadaan semakin hangat apabila sebahagian daripada pemegang ekuiti di bilik itu mulai marah dengan Sanggam kerana mengeluarkan kata-kata berkenaan.

KPF hari ini mengadakan taklimat untuk ahli-ahlinya bagi menjelaskan kesan penyenaraian FGVH, setelah mesyuarat agung  perwakilan khasnya terpaksa dibatalkan berikutan perintah injunksi Mahkamah Tinggi Kuantan yang melarangnya daripada membincangkan penyenaraian berkenaan.

Seramai 1,200 perwakilan KPF sepatutnya mengundi cadangan penjualan 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings Bhd dan di 10 subsidiari yang membabitkan FGVH pada mesyuarat yang dijadualkan hari ini.

Sekiranya, cadangan itu diluluskan, KPF akan memindahkan aset perniagaannya kepada FGVH.
CUIT SIKIT:
Tanya pun tak boleh ke? Takkan kerana bertanya, boleh kena halau?
Jika ia bertaraf taklimat, mesyuarat atau penerangan, aku fikir tidak perlulah sampai berlaku halau menghalau ni.
Nampak sangat kemelut membursakan saham Felda ni belum berakhir dan tak mungkin berakhir, jika perangai Pengerusi Majlis seperti tidak mahu berbincang.
Zaman peneroka Sendayan, hanya perlu mendengar dan mengangguk sudah lama berakhir. Ianya berakhir sebaik - baik sahaja Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, menjual tanah kebun mereka dengan nilai jutaan ringgit tetapi ketika itu para peneroka berkenaan hanya mendapat ratusan ribu sahaja.
Nasib baiklah MB sekarang berjaya menyelesaikan penjualan itu. Jika tidak, mungkin para peneroka Sendayan akan mati celik dibuatnya.
HUBAYA HUBAYA. Zaman filem SANGGAM sudah lama berakhir. Sekarang ni orang sibuk pasal Ombak Rindu dan lain - lain filem ringan dan segar.
Aku tiada di Dewan Perdana tadi. Barang siapa yang tahu kisah ini dari sudut yang lain, sila tinggalkan komen....

1 ulasan:

  1. http://www.facebook.com/profile.php?id=100003086756344

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH