Jumlah Paparan Halaman

24.2.12

BERI LALUANG, ANUOR NOK LALU.....

Le Tour De Langkawi atau LTDL adalah satu produk sukan pelancongan yang boleh dikatakan berjaya di Malaysia.

Sukan berbasikal yang memakan masa 10 hari ini adalah lebih merupakan cabaran ketahanan individu dan berpasukan. Ada pecutan, ada ketahanan dan ada pendakian. Justru, tidak hairan LTDL dan lain - lain pertandingan basikal berbentuk jelajah ini akan menawarkan pelbagai aspek pemenang yang dibezakan dengan warna jersi yang disarungnya.

Ada hijau, ada biru, ada kuning dan ada juga yang disebut warna polka dot [ aku sebut dot dot dot ]. Betul - betul bervariasi pemenangnya.

Sekian lama diadakan, LTDL ini sekurang - kurangnya telah melahirkan Anuor Manang dan Rakang - Rakang sebagai jaguh lumba basikal negara. Baik hok jantang atau hok pepuang [ baik yang lelaki atau yang wanita ], semuanya mari dari ganu [ semua datang dari Terengganu ]. Kenapa ye?

CUIT SIKIT:

Dalam tempoh lima tahun terakhir ini, aku dapati, Negeri Sembilan adalah negeri yang mendapat faedah LTDL ini, selain Selangor dan Kuala Lumpur. Selangor dan KL tidaklah boleh diambilkira kerana di sana adalah pusat segala pusat.

Aku dapati dalam tempoh lima tahun terakhir ini, NS tidak pernah ketinggalan di peta laluan LTDL. Jika tidak sebagai lokasi permulaan atau penamat, NS pasti akan menjadi sebahagian laluan untuk menuju penamat. Bertuah sungguh NS. Tidak seperti negeri lain yang boleh dikatakan hanya mendapat tempat di peta LTDL sekali sekala sahaja.

Paling malang ialah LANGKAWI yang namanya di sebut-sebut sepanjang ulasan LTDL tetapi Langkawi bukanlah lokasi wajib LTDL sebagaimana Genting Highland yang berkategori HORST buat Raja Bukit itu.

Walau pun NS lebih bernasib baik berbanding Langkawi, aku fikir warga NS juga malang kerana penglibatan NS sebagai host untuk permulaan, laluan atau penamat di LTDL ini gagal melahirkan minat untuk anak mudanya menyertai sukan berbasikal ini secara serius.

Lebih malang, acara Jelajah NS yang pernah diadakan dulu sudah kembali menjadi 'arwah'.

Sampai bila warga NS hanya sekadar menjadi pemberi jalan buat Anuor Manang dan Rakan - Rakang melalui pelbagai selekoh dan liku di segenap pelusuk NS termasuk di Gugusan Felda Palong seperti tahun lalu?

Persatuan Berbasikal NS masih hidup ke pendaftarannya?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH