Jumlah Paparan Halaman

28.2.12

MBJB LAWAN BETARIA.....

Jika tiada apa yang berubah, Jumaat ini bakal berlangsung satu perlawanan Liga Premier yang sepatutnya boleh menjadi PERLAWANAN MENARIK.


Menarik kerana kedua - dua pasukan yang bakal berhadapan di Muar ini adalah Juara dan Naib Juara Liga FAM 2011.


Malangnya, kehadiran kedua - dua pasukan ini di Liga Premier tahun ini seperti tidak dipedulikan oleh lawan - lawan lainnya. Kemunculan mereka langsung tidak menggentarkan lawan. Langsung tidak mendalamkan air.

Carta Terkini Liga Premier 2012
Lihatlah carta di atas. Anda akan mengerti betapa peritnya kedua - dua pasukan untuk menyesuaikan diri bermain di Liga Premier.

Masalah mereka ialah mereka telah melakukan rombakan yang maha besar untuk mengharungi Liga Premier ini. MBJB FC misalnya telah membawa masuk 26 pemain untuk musim ini..
http://en.wikipedia.org/wiki/Johor_MBJB_FC

Malangnya, yang dibawa masuk itu, bukanlah nama - nama besar yang boleh membantu menaikkan prestasi pasukan. Sebaliknya yang diambil itu adalah para pemain pasukan yang setaraf mereka musim lalu. Selain itu, yang diambil adalah mantan pemain skuad Piala Presiden kelab dan negeri lain.

Akhirnya, pasukan MBJB tetap bermain seperti mana mereka bermain di Liga FAM dahulu.
Lain - Lain Perlawanan Liga Premier Minggu Ini.....
NS Betaria juga melakukan banyak rombakan dengan penyertaan 11 orang mantan pemain MP Muar,  termasuklah membawa masuk Azuan Zain selaku Ketua Jurulatih....http://en.wikipedia.org/wiki/Betaria_FC

Aku faham betapa sebenarnya NS Betaria terpaksa mengharungi cabaran Liga Premier ini dengan seribu kepayahan. Sebagai kelab swasta, Betaria terpaksalah mencari bajet sendiri. Malah, Betaria juga adalah satu - satunya pasukan yang telah mencipta rekod di arena bola sepak Malaysia. Malah mungkin juga di dunia. Menjadi tuan rumah di negeri lain.

Pasukan yang berpengkalan di Seremban ini telah menjadikan Stadium Hang Tuah di Melaka sebagai gelanggang tuan rumah. Walau pun Felda United dan Kuala Lumpur juga bermain di Stadium Hang Jebat, Melaka sekarang ini, tetapi itu hanyalah sementara. Sementara menanti siapnya pembaikan padang di Stadium PBKL, Cheras.

Aku fikir jika tahun hadapan NS Betaria masih lagi berada di Liga Premier, rekod itu bakal berterusan.


CUIT SIKIT:

Semasa bermain di Liga FAM, NS Betaria menjadikan Stadium Mini Tampin sebagai arena tuan rumah mereka. Mengapa pula apabila naik pangkat ke Liga Premier, mereka lari ke Stadium Hang Tuah di Melaka? Sedangkan semasa bermain di Tampin, aku lihat sendiri, NS Betaria ini sudah mula mendapat perhatian masyarakat Tampin.

Adakah Stadium Mini Tampin tidak mendapat kelulusan untuk menjadi arena Liga Premier? Adakah Stadium Mini Tampin tidak mencapai standard dan piawaian FAM?

Jika tidak mencapai standard FAM, kenapa tidak dipertingkatkan? Amat malanglah sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan membina stadium berkenaan hanya bertaraf kampung sahaja.

Bukalah minda dan mata supaya melihat bahawa satu ketika dahulu Stadium Mini Temerloh juga adalah setaraf Stadium Mini Tampin. Tetapi tahun ini Stadium Mini Temerloh telah berjaya menjadi arena terbaik buat pasukan Pahang. Malah telah ada siaran secara langsung di TV dari sana.

Itu hasil kesungguhan pihak PBT Temerloh dan juga Kerajaan Negeri Pahang untuk melihat kemudahan sukan di negeri berkenaan mampu untuk menjadi penganjur yang berkualiti di peringkat kebangsaan.

BUKALAH HATI, BUKALAH MATA. Tiada salahnya menyediakan kemudahan sukan berkualiti demi memberikan peluang kepada rakyat untuk menikmati yang terbaik daripada PBT dan Kerajaan.

Yang menjadi masalahnya ialah apabila bekerja dengan seribu alasan bukan dengan sejuta impian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH