SURAT UNTUK MPS
Bil: maaf tak sompek kiro.
Tarikh: ari dibaco
Pengirim:
PENYOKONG SETIA NEGERI SEMBILAN [PSNS]
Penerima:
YBhg. Datuk YDP Majlis Perbandaran Seremban.
Selaku antara penyokong setia pasukan Negeri Sembilan dan sering hadir ke Stadium Tuanku Abdul Rahman [STAR], Paroi dan hanya mampu membeli tiket untuk duduk di kawasan yang berlantai simen dan berbumbungkan langit, aku ingin berkongsi pandangan tentang keadaan di STAR itu khususnya di bahagian yang beratap dan berbumbungkan langit itu.
YBhg. Datuk YDP,
Oleh kerana kita sering kali masuk ke STAR di waktu malam, mungkin kita tidak nampak apa sebenarnya wajah teres penonton di kawasan terbuka itu ketika siang. Mengambil iktibar daripada kata pujangga, GAMBAR MEMPUNYAI 1001 CERITA, marilah kita saksikan bersama - sama Wajah STAR kebanggaan kita di NS ini.
Setakat 3 foto itu, serba- serbi nampak ok. Kita teruskan lagi....
Kita teruskan lagi secara lebih dekat.....
Kami bukan inginkan kemudahan istimewa termasuk hawa dingin, tetapi sebagai penonton yang masuk ke STAR dengan membeli tiket, rasa - rasanya, selaku TUAN RUMAH, MPS yang diPERTANGGUNGJAWABKAN untuk MENYELIA DAN MENYELENGGARA STAR, tidak mungkin sampai hati membiarkan kami duduk di teres simen yang berlumut dan kopam itu.
YBhg Datuk dan rakan kerabat di MPS mungkin terlepas pandang tentang kekopaman teres penonton tiket murah ini maklum sahajalah YBhg Datuk dan rakan kerabat MPS hanya datang malam ke STAR. Itu pun setelah kawasan yang kopam itu telah dipenuhi penonton. Mana nak nampak kopam eh laie.
Kita sambung lagi dengan foto seterusnya.....
Kami semua yang masuk dengan membeli tiket murah ini bukan mahukan kemudahan tempat duduk bercop recaro seperti kerusi Pengurus dan Pemain Simpanan di Liga Sepanyol dan England itu. Cukuplah duduk di atas teres simen sahaja tetapi bukanlah simen yang berabuk, berlumut dan kopam macam rumah kerajaan yang sudah tidak didiami itu.
YBhg Datuk, sekiranya MPS takdo bajet nak memberosih'an tempat duduk tu, beritahu kami penyokong setia ni. Buleh kami buat pungutan derma 1NS untuk memberosih dan mengecat semula teres tu.
Kami akan cat dengan warna kuning bolang itam campur merah sikit, warno kebanggoan NS. Ala, cam stadium Kelantan tu. Lawa amek - amek bilo dicat merah.
Sekian, terima kasih. Maaf sekiranya YBhg Datuk tidak memahami makna KOPAM itu. Tak paham pun takpe lah, yang penting teguran ini dibuat kerana sayangkan STAR yang telah memberikan seribu makna dan kenangan kepada kami penyokong setia NS.
Tetapi, apalah makna kemudahan yang tersedia jika kita tidak mahu menjaganya. Bukan apa, bimbang nanti kerana tiada penjagaan, runtuh pulak tempat duduk tiket murah tu, malu kito satu nogori.
CUIT SIKIT:
Wassalamu...Sadaqallah hul 'azimmmmmmmmmmmmmmmmmm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan