Jumlah Paparan Halaman

26.1.12

GAGAL ITU INDAH.....

Liga Malaysia yang berehat seminggu sempena Gong Xi Fa Cai 2012 bakal bersambung esok. Lihat jadual di atas untuk mengetahui perlawanan pasukan kesayangan anda.


Istimewa juga buat Pahang dan ATM yang berehat lebih lama berbanding pasukan lain. Mengapa? Itu anda kena tanya JKPT FAM. Jadual liga mereka yang mengaturnya.


Apa - apa pun, bermula esok, semua pasukan di Liga Super dan Liga Premier bakal turun buat kali kelima untuk menentukan halatuju dan halacara pasukan di Liga Malaysia ini. Namun, ada empat pasukan, satu di Liga Super dan tiga di Liga Premier pastinya mempunyai impian yang lebih jauh.


Keempat - empat pasukan berkongsi satu pencapaian setelah mengharungi empat perlawanan. Kesemuanya BELUM KALAH. Setakat ini, Kelantan, Pahang, PDRM dan JOHOR berkongsi penghormatan itu.


Keempat - empat pasukan juga mempunyai persamaan. Masing - masing telah melepaskan tiga gol dan kecuali Pahang, kesemua pasukan berkenaan telah menjaringkan lapan gol. Pahang menjaringkan sembilan gol setakat ini.

Maknanya, secara purata mereka telah menjaringkan dua gol dan melepaskan 0.8 gol setiap perlawanan setakat ini. Bagi aku, ini satu pencapaian yang baik buat pasukan - pasukan berkenaan terutamanya PDRM dan JOHOR yang kurang diberi perhatian itu.

CUIT SIKIT:

Aku fikir, perlawanan paling ditunggu Sabtu ini adalah perlawanan di Alor Setar yang menemukan Kedah dan Johor FC. Sebagai rekod, setakat empat perlawanan, KEDAH adalah PASUKAN TUNGGAL di kalangan 26 pasukan yang bertanding di Liga Super dan Liga Premier 2012 yang GAGAL MENJARINGKAN GOL usai empat perlawanan.

KEDAH juga berkongsi penghormatan bersama PKNS dan KUALA LUMPUR sebagai PASUKAN YANG BELUM MENANG setakat ini. Turut menyertai KUMPULAN BELUM MENANG ini ialah PERLIS, NS BETARIA, HARIMAU MUDA B dan MBJB dari Liga Premier.

Menarik juga fakta di Liga Malaysia ini bukan? Lebih menarik ialah GAGALnya sekretariat MSL mengemaskini carta liga dan senarai penjaring gol di laman ini.....


Lebih menarik selepas ini ialah siapakah pemain import yang bakal dibawa masuk selepas 13 Februari nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH