Jumlah Paparan Halaman

5.1.12

MERIAHNYA SUKAN VIP FELDA.....

FELDA disebalik kemelut pengapungan saham FGVH, sebenarnya turut berjaya di bidang sukan khususnya bola sepak.

Boleh dikatakan selain FELDA UNITED, banyak juga pasukan di Liga Malaysia 2011 lalu mendapat sentuhan anak – anak Felda.
Sebagai contoh, Rahman Zabul anak Felda Lui Muda, Negeri Sembilan mencurah keringat dan bakti di Johor FC. Farizal Marlias, anak Felda Jengka 19, Pahang selain menjadi sandaran utama di pintu gol Negeri Sembilan, turut beraksi untuk negara. Manakala, Farizal Harun yang menjadi penjaga gol kedua Negeri Sembilan, adalah anak Felda Palong Dua, Negeri Sembilan.

Menambah senarai ialah Jalaludin Jaafar selaku Ketua Pasukan Pahang itu, adalah anak Felda Chini 1, Pekan, Pahang. Turut mewarnai catatan menarik ialah Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden Negeri Sembilan yang dituduh mengatur dan menjual perlawanan itu, adalah anak Felda Pasir Besar.
FELDA UNITED muncul pemenang tempat kedua kumpulan di belakang Kelantan. Layak ke suku akhir. Tewas kepada Negeri Sembilan di peringkat itu. NS akhirnya muncul Juara Piala Malaysia 2011.

Selain bola sepak, tahun 2011 juga mempamerkan bakat – bakat tersembunyi Kepimpinan dan Pengurusan Felda di acara sukaneka.

Sukaneka Felda 2011 yang mengisi program suku tahun keempat Felda, memperlihatkan kejaguhan pelbagai pihak. Menjelang aidilfitri lalu, sukaneka itu bermula dengan Acara REBUT KERUSI.

Acara merebut kerusi ini sangat meriah kerana ianya disertai oleh Tan Sri dan Datuk sahaja. Mana – mana warga Felda yang tiada BINTANG dan GELARAN, mainlah jauh – jauh. Di akhir acara, pihak pengadil dan juri gagal memberikan keputusan siapa pemenang acara itu. Namun, pihak yang memiliki kerusi itu sebelum ini, mendapat sorakan padu majoriti penonton.

Walaupun tiada pemenang mutlak di acara rebut kerusi, acara sukaneka diteruskan pula dengan acara baling batu. Acara ini sebenarnya memerlukan bukan sahaja ketepatan balingan batu itu, malah juga memerlukan kepintaran untuk menyembunyikan tangan selepas membuat balingan. Acara ini ada ramai pemenangnya.

Selain acara baling batu, acara LUTU KEPALA turut mendapat perhatian para penonton. Setakat ini, khabarnya acara lutu – melutu ini akan berlarutan di mahkamah.

Menjelang akhir tahun 2011, acara TENDANG PENALTI diadakan untuk meneruskan kemeriahan Sukaneka Felda 2011 itu. Di akhir acara, dua Penjaga Gol Yang Bolos Paling Banyak telah diumumkan.

Pemenang Utama mendapat tiket cuti sambil belajar di London selama sembilan bulan. Pemenang kedua pula meraih hadiah melancong ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya selagi tidak diperlukan di Jalan Perumahan Gurney.

Acara sukaneka berakhir pada 28 Disember di AU5, Kuala Lumpur menerusi sorakan 3 kali HIP HIP HOREY oleh POM POM GIRLS dan POM POM BOYS yang dilatih dan diupah khas, di perkarangan kediaman penjaga gol yang akan ke London itu

Walau pun secara rasminya, sukaneka itu telah berakhir pada 31 Disember 2011, acara TIKAM BELAKANG dan KAIT KAKI kenkawan masih berlangsung. Samada ianya dimainkan secara fair play atau secara foul play, itu bukan masalah. Cara permainan tidak penting. Yang penting, AKU MESTI MENANG. HA!HA!HA!HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

CUIT SIKIT:

AKU HAIRAN satu je...kenapa yang memenangi acara sukaneka itu kebanyakannya kontot – kontot belaka?

Yang panjang – panjang dah tak ada ke di Felda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH