Jumlah Paparan Halaman

18.1.12

LKTP BERSATU.....

Sabtu ini tanggal 21 Januari 2012, Negeri Sembilan [ NS ] akan turun selaku tuan rumah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban. Inilah perlawanan kedua sebagai tuan rumah buat NS selepas menjadi tuan rumah kepada Selangor pada perlawanan pertama Liga Super Malaysia 2012.


Perlawanan pada Sabtu nanti adalah yang keempat buat NS dan pasukan pelawat iaitu FELDA United atau menurut kata orang kampung aku, FELDA BERSATU. Jika nama ini digunakan pada tahun 60'an dan 70'an pastilah ianya berbunyi LKTP BERSATU.

Carta semasa liga menunjukan tiada banyak perbezaan diantara NS dan Felda United ini. Felda United berada di tangga kelima dengan enam mata manakala NS pula di tangga keenam dengan empat mata.


Bezanya, mata keenam itu dikutip Felda United pada 17 Januari lalu menerusi kemenangan satu kosong menewaskan Selangor yang sebelum itu mampu bangkit setelah ketinggalan dua gol untuk seri dengan NS di Seremban. Tanggal 17 Januari itu juga menyaksikan, NS tewas dua gol berbalas satu kepada Perak di Ipoh.


Jadi, pertemuan diantara NS dan Felda United Sabtu ini sebenarnya bukanlah satu perlawanan akhir atau terakhir buat kedua - dua pasukan. Ianya cuma perlawanan keempat buat mereka daripada sejumlah 26 perlawanan liga yang akan berakhir Julai nanti.


Memang ianya bukanlah perlawanan yang sangat istimewa tetapi agak menarik untuk kita selami daripada sudut sokongan dan kehadiran penonton. Seingat aku, apabila NS bermain di Paroi, tidak lebih 6 ribu penonton akan hadir. Malah yang hadir itu pun kebanyakkannya adalah warga Felda dari Palong, Raja Alias, Serting Hilir dan mereka yang sama waktu dengannya.


Tetapi, perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia 2011 telah memperlihatkan peningkatan mendadak kehadiran penononton di Paroi. Ketika itu, aku lihat hampir 45 ribu penonton hadir memenuhi segenap ruang dan tempat duduk di stadium. Sungguh tidak sangka kehadirannya begitu kerana ketika itu NS berada di hujung nyawa kerana tewas satu gol kepada lawannya Felda United di suku akhir pertama.


Dan, yang hadir pada tanggal 14 Oktober 2011 itu juga kebanyakkannya adalah warga Felda. Lebih seronok, warga Felda yang hadir itu bukanlah kerana mahu menyokong Felda United tetapi mereka hadir untuk menyokong NS. Aku katakan begitu kerana maklumat yang aku terima pada hari perlawanan, hanya empat ratus keping tiket yang dibeli oleh wakil Felda. Maknanya, Felda pada masa itu hanya mempunyai lebih kurang setengah ribu [500 orang] penyokong sahaja daripada lebih kurang 45 ribu orang yang hadir itu.


Mengapa terjadi demikian? Kenapa ya? Bukankah Felda telah banyak memberikan sumbangan terutama kewangan samada secara percuma atau pun pinjaman kepada warganya? Bukankah ramai peneroka yang mempunyai fb gemar mencatatkan kesyukuran mereka kerana hidup mereka terbela lantaran kewujudan Felda. Bukankah ramai juga anak Felda yang tampil mengangkat sepanduk dan manila kad menyokong Felda?


TETAPI, mengapa apabila bab bola sepak ini, anda semua masih menyokong pasukan negeri? Mengapa? Kenapa? Sebab Apa? ANDA semua tidak mahu menyokong Felda United?


Jawapan aku, Felda dan juga Felda United tidak pernah melekat di hati anda semua kerana anda semua adalah rakan ketawa sahaja. Jika ada fulus dan ada masyuk, berjemur panas terik sambil memegang manila kad pun anda sanggup, Jika tiada fulus dan masyuk, pedulikanlah Felda dan Felda United tu. Betulkan?


CUIT SIKIT:


LKTP Bersatu atau FELDA UNITED hanyalah slogan kosong yang tidak pernah memberikan apa - apa perubahan dari aspek jiwanya kepada warga Felda. Tiada apa yang pernah dan akan berubah menerusi pasukan bola sepak profesional Felda ini.


Sabtu nanti, banner seperti di bawah ini pasti terbentang di stadium sebagai pengesahan betapa warga Felda tidak akan menyokong LKTP Bersatu atau FELDA United ini.....

Jangan katakan peneroka dan anak peneroka sahaja yang tidak bersatu di bawah Felda, anda yang berada di group management pun begitu juga terutamanya apabila berlaku kemelut baru - baru ini.

Semuanya kerana fulus dan masyuk.
ADA FULUS ,LULUS : ADA MASYUK, ANGGUK .....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH