Sehingga 13 Februari ini, pastinya tiada lagi kedengaran riuh geger berkaitan pemain impot yang gagal bermain walau pun kontrak sudah ditandatangani. Selepas tarikh itu, jika ianya masih berbunyi, adalah masalah lain yang berlaku sebenarnya.
Namun, apa yang aku dapati, sebaik sahaja Tok Mat Said, MB Terengganu melepaskan peluru kapur dan peluru hidup ke Kelana Jaya baru - baru ini, ada pelbagai coretan dan pendapat samada di blog sukan mahu pun di wall fb malah di akhbar sekali pun, berkaitan isu politik mencampuri bola sepak.
Bagi aku, apabila MB atau KM negeri bersuara mempertahankan hak pasukan negeri, itu bukanlah ada campurtangan politik. Itu adalah suara rakyat negeri berkenaan yang diluahkan menerusi Ketua Eksekutif negeri berkenaan.
Ianya sama seperti Tok Mat Said mengumumkan subsidi lima puluh peratus oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada harga tiket Final Piala Malaysia 2011 lalu. Pada masa itu tiada pula bunyi dan cakap berkenaan campurtangan politik. Semuanya berkata Kerajaan Negeri Terengganu bagus.
Untuk makluman bersama, hampir setiap pasukan negeri yang bermain di Liga Malaysia ini [ dahulu, kini dan akan datang ], mendapat sumbangan wang daripada kerajaan negeri masing - masing. Samada ianya banyak atau sedikit, itu bukan isu. Samada ianya datang terus daripada dana kerajaan negeri atau menerusi dana korporat syarikat berkaitan kerajaan negeri,juga bukan isu.
Yang penting dan menjadi isu ialah, sememangnya kerajaan negeri ada memberikan sumbangan untuk pasukan negeri setiap tahun. Adakah ini dikatakan politik telah mencampuri sukan bola sepak? Anda pasti menjawab tidak seperti juga jawapan aku.
Seperkara yang kita semua perlu tahu adalah, mana - mana pasukan yang secara tiba - tiba merudum prestasi serta gagal membayar gaji pemain dan pengurusan pasukan seperti yang berlaku kepada Pulau Pinang dan Perlis [ kes terkini ] adalah angkara pasukan berkenaan tidak mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan negeri.
Inilah POLITIK BOLA sebenarnya. Di Pulau Pinang, apabila Presiden FAnya tidak sehaluan dengan KM, pastinya sukar untuk kerajaan negeri menyalurkan dana membantu pasukan bola sepak Pulau Pinang. PKR dan DAP adalah sehaluan tetapi apabila Presiden FA Pulau Pinang lari keluar daripada PKR, mahukah kerajaan DAP Pulau Pinang membantunya?
Mungkin anda akan berkata inilah sikap pembangkang. Tetapi anda juga kena memahami senario bola sepak Perlis. Di Perlis Kerajaan Negerinya adalah Kerajaan BN. Menteri Besarnya UMNO. Presiden FA Perlis juga UMNO. Habis tu, kalau semuanya BN dan UMNO, mengapa Perlis terjerumus ke Liga Premier musim ini?
HA! HA! HA! Semuanya kerana FA Perlis dibiayai sepenuhnya oleh Mr. Presidennya yang juga mantan MB Perlis. Mr. Presiden yang mencatat sejarah pada tahun 2008 sebagai MB yang berulang alik tujuh lapan kali ke Putrajaya untuk mencari watikah perlantikan semula sebagai MB. Sejarah juga tercipta, apabila usaha gigih itu berakhir dengan orang lain yang dilantik sebagai MB.
Walaupun masih bersama UMNO, Mr. Presiden ini adalah musuh politik kepada pemegang kuasa sekarang. Sukar juga untuk mereka berkerjasama dan membantu sesama mereka kerana persaingan politik ini.
Justru, jika dahulunya megah tertera BINTONG di jersi Perlis, sekarang tiada lagi. Mungkin Yayasan Pok & Kassim juga telah ghaib. Kaitan Bintong dan Mantan MB Perlis itu anda carilah sendiri.....yo!
Inilah bola sepak Malaysia. FAM selaku ahli gabungan FIFA sememangnya bebas daripada campurtangan politik dan kerajaan. Itu syarat FIFA. Menurut FIFA, bola sepak adalah bola sepak. Ianya bebas dan mesti dilihat bebas daripada mana - mana pengaruh politik dan kerajaan.
REALITINYA!!!!! Setakat di Kelana Jaya, bola sepak kita adalah bebas daripada mana - mana pengaruh politik dan kerajaan.
AKAN TETAPI WAHAI ORANG - ORANG KAMPUNG SERI WANGI!!!!!!!!!!!..........
Adakah di negeri - negeri bola sepak kita benar - benar bebas daripada pengaruh politik dan kerajaan. Terutamanya apabila EXCO Kerajaan Negeri menjadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Negeri atau Kelab yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri.
CUIT SIKIT:
Setahu aku, ada dua persatuan bola sepak negeri di Malaysia yang telah menetapkan menerusi perlembagaan persatuan, Mr. Presidennya mestilah MENTERI BESAR. negeri berkenaan. Itu adalah mandatori menurut perlembagaan persatuan. Negeri berkenaan adalah Selangor dan Negeri Sembilan.
Adakah ini juga boleh dikatakan sebagai politik dan kerajaan telah campurtangan di bidang bola sepak negeri berkenaan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan