Jumlah Paparan Halaman

10.4.12

PADANG STESEN, SEREMBAN.....

Buat generasi baru, Padang Stesen Seremban adalah satu nama yang sangat asing dan janggal didengar.

Memang pun. Nama itu hanya dikenali oleh generasi sebelum 1990 atau lebih tepatnya 1992. Kenapa 1992? Sebabnya, mulai 1992, dengan semua pertandingan bola sepak peringkat nasional dimainkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, secara beransur - ansur, nama Padang Stesen Seremban luput dari ingatan warga NS.

Padang itu mendapat nama kerana berhampiran dengan stesen KTM Seremban [ foto di atas ]. Lokasinya adalah di.....
Padang Stesen kini sudah luput kerana didirikan Seremban Parade. Selain Padang Stesen, acara bola sepak nasional seperti Piala Malaysia dan Piala Emas Raja - Raja turut juga dimainkan di Stadium Kuala Pilah.
Berbalik kepada Padang Stesen, menurut carian aku di internet, ada dua peristiwa besar berkaitan bola sepak Negeri Sembilan berlaku di situ.
Piala Malaysia Wanita. Sesuatu yang telah lama ghaib daripada kamus pembangunan bola sepak FAM. Sementelahan pula sekarang ini, kawan - kawan kita di FAM lebih sibuk mengemaskan jawatan masing - masing berbanding memenuhi keperluan untuk memajukan bola sepak wanita.

Selain itu, ada satu lagi peristiwa manis berlaku di Padang Stesen apabila pasukan Negeri Sembilan Indian Association [NSIA] muncul Juara Bersama Piala FAM 1978 setelah seri tanpa jaringan dengan PKNS.

Manisnya kerana PKNS ketika itu diwakili oleh Mokhtar Dahari dan hampir keseluruhan pemain Selangor yang sedang berkuasa di persada bola sepak negara.
Begitulah sinonimnya Padang Stesen, Seremban itu dengan kemajuan bola sepak di Negeri Sembilan, yang wajah terakhirnya adalah seperti di bawah,
Di padang itu jugalah Negeri Sembilan muncul Juara Divisyen Dua [sekarang Liga Premier] semasa Liga Semi-Pro dahulu. Penyerang NS, Marian Valach muncul sebagai penjaring kedua terbanyak musim berkenaan dengan 10 gol daripada 14 perlawanan.

Suatu cerita yang sering meniti dari mulut ke mulut ketika itu ialah betapa bertuahnya Negeri Sembilan apabila bermain di Padang Stesen terutamanya apabila menentang Terengganu.

Di era 70'an, Terengganu adalah satu pasukan yang baik dan mempunyai ramai pemain berbakat dan bermain untuk negara. Bagaimanapun, sekuat - kuat Terengganu, mereka tewas kepada NS yang tidak mempunyai apa - apa itu, apabila bermain di Padang Stesen.

Angkara penjaga golnya asyik melihat keretapi yang tiba di stesen Seremban, Terengganu akhir tewas menerusi jaringan jarak jauh pemain NS. Kebetulan, satu daripada pintu gol di Padang Stesen adalah betul - betul bersebelahan dengan stesen KTM yang berada di sebarang jalan sahaja.

Syiannn Ganu sebab tak pernah tengok keretapi, mereka tewas kepada NS di Padang Stesen, Seremban.

Perhatikan betul - betul betapa dekatnya Padang Stesen dan Stesen KTM Seremban tu.

Mungkin benar, mungkin tidak. Tetapi, rentetan cerita suka, duka dan panas bola sepak Terengganu dan NS ini sampai ke kemuncaknya di sini,
Syiannn Ganu, lantaran tidak puas hati kerana kalah di tempat sendiri, sebuah bas milik Kerajaan Negeri Sembilan yang membawa pemain, telah dibakar hangus. Rentung sebuah bas hanya kerana sebiji bola. Tak patut, tak patut.

Anak - anak muda yang membaca catatan ini, aku nasihatkan supaya jangan buat perangai huduh sampai macam tu. Biarlah cerita bola habis di padang sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan oleh pengadil bertugas.

CUIT SIKIT:

Menjelang pertemuan Liga Super yang menemukan dua pasukan yang menang piala musim lalu, aku mengharapkan agar terjadi peristiwa seperti di bawah,
 lawak - lawak jugak, main jangan leka lagi macam lawan Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH