Jumlah Paparan Halaman

5.4.12

An Evening In Paroi.....

Bukan ini yang aku maksudkan.....
An Evening In Paris is a 1967 Indian Hindi film. Produced and directed by Shakti Samanta, Story by Sachin Bhowmick. The movie stars Shammi Kapoor, Sharmila Tagore in a double role,Pran as the villain, and Rajindernath in the comic subplot.

Tapi yang ini,
satu pertemuan klasik diantara dua pasukan yang lebih di kenali di bidang keamanan dan keselamatan berbanding di padang bola.

Lantaran mempunyai tarikan tersendiri, pertemuan itu diangkat martabatnya oleh penaja dan bakal disiarkan secara langsung menerusi stesen tv miliknya.

Kenali kedua - dua pasukan ini,
Barisan Polis yang SEDIA BERKHIDMAT
Barisan ATM yang GAGAH PERKASA
Jelas tertera dua pasukan yang bertaraf ANTARA DUA DARJAT. Melihat dan mengkaji PDRM, aku tergaru - garu kepala kerana nama - nama yang muncul itu amat tidak dikenali dan amat sukar untuk mencatat kesebelasan utamanya.

MISTERI gitu. Maklumlah, semua pemain PDRM adalah anggota Polis. Patut pun aku tak kenal.

ATM sekali imbas dan sekali pandang pun aku dah tahu siapa membarisi kesebelasan utama. Pastinya Farizal Harun, Zaquan, Aidil, Hai-O, Irwan Fadzli Idrus, Azmi Muslim, Alex James, Marteloto, Varanthan dan K. Reuben akan diturunkan.

Dengan deretan nama besar bola sepak negara bersama ATM, PDRM pastinya akan dibedil dan dibelasah di Paroi nanti. Begitulah di atas kertas. Soldadu Upahan jelas lebih baik berbanding Polis yang tetap dan berpencen tu.

Tambahan pula apabila melihat siapa Ketua Jurulatih kedua - dua pasukan.
Carian aku di internet berkaitan Nalathamby a/l Ramasamy, hanya menjumpai sekeping foto seperti di atas.
Lain halnya dengan Bhaskaran R Santhianathan a.k.a B. Sathianathan ini. Ada ribuan foto di internet yang berkaitan beliau.
Tetapi, apalah sangat ada atau tiadanya foto di internet ini. Bukan foto head coach yang menentukan kejayaan pasukan. Semua pasti setuju kan?

Lihat sahaja carta Liga Premier yang terkini - 30 April 2012. Hanya 3 mata yang membezakan antara dua Ketua Jurulatih yang tiada foto dan ada foto tu. Aku fikir, jika PDRM berjaya mengurangkan angka seri dan menambah angka menang sudah tentu mereka yang sedang memimpin liga sekarang. Dengan hanya 1 kekalahan, PDRM kelihatan lebih baik berbanding ATM.

Kita study pula keputusan 10 perlawanan yang telah dilalui oleh kedua - dua pasukan.
Merujuk kepada perlawanan terakhir [No.10] pada 30 April, ternyata PDRM lebih gagah berbanding ATM.

Kedua - duanya pasukan juga mempunyai catatan menarik kerana berjaya mengalahkan Pahang yang berada di tangga kedua.

Dan, kedua - dua pasukan juga gagal mengalahkan pasukan di tangga keempat, Sime Darby.

ATM juga membuat lawak di perlawanan kesembilan apabila gagal mengalahkan lawan yang sedang menghuni dasar Liga Premier 2012.

CUIT SIKIT:

Meminjam ungkapan yang sering disebut oleh Zainal Abidin Rawop, menang kalah satu - satu pasukan bukanlah bergantung kepada prestasi di atas kertas tetapi bergantung kepada mood dan performance pemain di padang.

Tetapi di Paroi jumaat ini, aku fikir anggota polis yang tetap dan berpencen ini akan menang.

Kalau kalah pun, polis tidak rugi apa - apa kerana mereka dijangka akan kalah. Orang putih yang berjiran dengan aku kata, THEY'RE NOTHING TO LOOSE.

Soalan terakhir, ramai ke penonton yang akan turun ke Paroi? Maklumlah setengah daripada pasukan ATM ini adalah mantan pasukan NS yang menjuarai Piala Malaysia tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH