Pernah suatu ketika, riuh geger dilaporkan bahawa ada kemungkinan bola sepak Malaysia dicemari dengan gejala rasuah.
Kini, sudah senyap. Maklum sahaja, segala siasatan jika dilakukan, pasti akan dibuat secara senyap dan sunyi.
Dah nama pun siasat, mestilah senyap dan sunyi. Sedar - sedar dah jadi je.
Namun, bolehkah jika keputusan begini kita anggap sebagai bahawa permainan ini telah dicemari dengan rasuah?
Mungkinkah keputusan perlawanan diantara dua pasukan yang kuat dan mempunyai barisan pemain serta pasukan kejurulatihan yang berkualiti berakhir seperti di atas.
Sebenar, keputusan dengan jaringan besar sebegini bukanlah luar biasa. Biasa belaku tetapi pada tahap KADDANG - KADDANG [ aku pinjam ayat Nujum Pak Belalang ]. MBJB FC awal - awal lagi telah mencipta jaringan yang banyak di Liga Premier.
Pada 9 Januari, MBJB FC telah meratah, membaham dan melaukkan PERLIS dengan keputusan 7 - 2. Akhirnya, Perlis FA telah membuat aduan kepada SPRM supaya menyiasat skuad mereka kerana kekalahan yang amat teruk itu.
Setelah tiga bulan, masih senyap dan sunyi. Oh! Lupa pulak. Masih dalam siasatan. Mana boleh bising - bising.
Adakah keputusan seperti di bawah ini juga perlukan siasatan SPRM?
Usai 86 perlawanan Liga Super 2012, sebanyak 220 gol telah dijaringkan. Dan, daripada 86 perlawanan itu, hanya 18 perlawanan yang menyaksikan ada pasukan yang menjaringkan tiga gol dan lebih. Lain perlawanan, hanya sekadar 2-0, 2-1, 2-2, 1-0, 1-1 dan 0-0.
Maknanya, sekali imbas, semua keputusan perlawanan adalah normal. Tiada apa - apa yang pelik di sebaliknya biar pun kadang kala jika diamati secara individu, ada pemain yang sepatutnya hebat, tiba - tiba bermain macam budak sekolah. Tak perform.
KETAHUILAH; para bookies dan penggerak kegiatan perjudian bola sepak ini sebenarnya menjudikan semua aktiviti di padang. Berdasarkan pergaulan aku dengan ramai rakan yang mencuba nasib di arena judi bola ini, antara perkara yang boleh dipertaruhkan ialah pasukan yang akan membuat sepak mula.
Ini dituruti dengan pasukan mana yang akan mendapat tendangan percuma, lontaran ke dalam, sepakan sudut, offside, kad kuning, kad merah terlebih dahulu. Segala - galanya boleh dipertaruhkan. Jaringan gol sudah tentu menjadi pertaruhan utama.
Justeru, tidak hairan sekiranya ada pemain dan anggota pasukan yang turut bernaung hidup dengan sindiket perjudian bola sepak ini. Samada yang berlesen mahu pun tidak. Samada secara terang - terangan atau secara sorok - sorok.
Begitulah secebis catatan parah yang aku fikir boleh membuka minda dan mata anda betapa dengan fulus semuanya boleh lulus. Dah lulus, semuanya tulus.
CUIT SIKIT:
Aku ditinggalkan anda semua dengan catatan di bawah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan