Jumlah Paparan Halaman

7.4.12

TIGA BULAN BERSAMA EFFA.....

Diam tak diam, sudah lebih tiga bulan Kaki Bola Negeri Sembilan hidup bersama Effa. Sudah tiga bulan, ada anak - anak kecil memasang angan - angan ingin menjadi Effa. Mahu jadi Effa kerana kehebatan jaringannya bukan kerana kulitnya yang black beautiful itu.

Menduduki tangga ke 5 di carta Liga Super adalah sesuatu yang baik buat NS. Walaupun tidak berada di top 3, muncul di top 5 adalah membanggakan jika dibandingkan dengan musim lalu.

Perhatikan pencapaian semasa NS,

Tidak pernah kalah perlawanan Liga Super di Paroi untuk tempoh tiga bulan pertama adalah sesuatu yang baik buat NS musim ini. Musim lalu NS hanya bertahan setakat dua perlawanan sahaja. NS tewas di Paroi pada perlawanan menentang Felda United.

Lihat perbezaan prestasi tiga bulan pertama NS di Liga Super Musim 2011 dan 2012.

Semuanya menampakkan peningkatan kecuali bab bolos [A] tu. Bagaimanapun, fakta menyatakan, jaringan adalah jauh meningkat berbanding tempoh yang sama musim lalu. Maknanya, NS mencapai kemenangan dengan tipis. Tipis pun tipislah. Menang! Tetap dapat 3 mata.

Mungkin kehilangan Aidil Zafuan menyebabkan pertahanan NS sedikit lemah musim ini namun, kehadiran Effa jelas memberikan nafas baru di bahagian serangan. 17 gol yang dijaringkan itu adalah sama julah jaringan dengan Lions XII dan Terengganu yang berada di tangga ke 2 dan ke 3 liga.

Senarai penjaring 17 gol NS di Liga Super 2012,

Biar pun SHAKIR ALI, pemain muda yang pernah digilap oleh Azraai Khor di Kedah mendahului senarai penjaring gol Liga Super buat NS, aku fikir faktor Effa sebenarnya yang membuatkan NS berada di tahap sekarang.
Diam tak diam, rupa - rupanya Effa sudah menjaringkan 11 gol di perlawanan rasmi. Satu daripada 11 itu adalah jaringan bertaraf dunia. Andalah carilah di http://www.youtube.com/watch?v=YYrmZPdAPfE betapa jaringan menerusi sepakan percuma semasa NS bertemu Persebaya itu memang bertaraf dunia.

Setakat ini, kadar jaringan Effa adalah lebih baik berbanding satu lagi permata hitam yang pernah mencipta nama di NS iaitu, Christian Bekamenga Bekamengo.


CUIT SIKIT:

Jelas dan nyata, tanpa Effa 3 April lalu, NS agak terkial - kial untuk mendapatkan gol apabila bertemu Lions XII di Paroi.

Memanglah faktor pertahanan yang membuatkan NS kalah teruk. Tetapi lebih teruk apabila Shakir Ali jelas gagal menyengat tanpa Effa yang digantung permainan.

Jika Bekamenga pernah memacu NS menjuarai Liga Super musim 2006, aku fikir Effa juga mampu melakukannya musim ini.

Bangkitlah NS! Jadikan Sabah sebagai mangsa kita malam nanti.

2 ulasan:

  1. kok bekamenga dongar la psl ni lopeh 2 dio nk main dgn owona kn bes Ruso gek eh...

    BalasPadam
  2. kelebihan effa mmng pd freekick,sbb tu dia pasti akan mengambil sepakan tak kira sudut jarak dekat ataupun jauh..berbisa

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH