Jumlah Paparan Halaman

1.4.12

BERJUTA - JUTA RM BAKAL LEBUR.....

Usai semua perlawanan Liga Super pada 30 dan 31 Mac 2012, Kelantan kekal di persada liga. Lions XII, Terengganu, T- Team dan Negeri Sembilan memenuhi tangga ke dua hingga ke lima.


Dua pasukan yang berkongsi stadium baik di KL atau di Melaka, Felda United dan Kuala Lumpur aman sejahtera menghuni dua tangga terCOROT. Aku kata aman sejahtera sebab kedua - dua pasukan ini langsung tidak menunjukkan kemahuan untuk keluar daripada zon tidak selesa itu.


Kuala Lumpur yang tidak mempunyai bajet besar dan cuma bergantung kepada para pemain muda dari skuad Piala Presiden itu bukanlah perkara pokok yang aku nak bincangkan.


Yang aku nak bincangkan ialah sebuah pasukan yang lahir daripada ilham dan hasrat PM Najib untuk melihat Felda menempa nama sebagai jaguh bola sepak tanahair. Berlandaskan ilham dan hasrat itulah lahirnya FELDA UNITED FOOTBALL CLUB. Nama yang menarik seperti Manchester United, Leeds United dan juga Newcastle United di liga England.

Amat  menarik apabila majlis pelancaran Felda United sekitar tahun 2006 ini dihadiri sendiri oleh PM Najib yang ketika itu masih TPM. Masih terbayang di minda aku betapa meriahnya majlis jamuan tengahari Felda United dan TS Yusof Nor selaku Pengerusi Felda ketika itu di Dewan Perdana Felda pada tahun 2007. Meriah kerana kejayaan Felda United di Liga FAM membolehkan mereka bermain di Liga Premier musim berikutnya.

Aku dan rakan - rakan yang bertugas di Suara Felda ketika itu turut dijemput menghadiri majlis berkenaan. Maklumlah kami sering menjadikan Felda United ini sebagai bahan siaran. Tukang promo katakan. Dapatlah merasakan makan sedap.


Tambah menarik apabila diumumkan pada Julai 2011 di Bandar Tun Razak Jengka, Felda United akan mempunyai stadium sendiri di bandar berkenaan. Khabarnya sebanyak RM 80 juta telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut.


Aku fikir, di masa ini ramailah anak - anak Felda khususnya di Jengka sedang giat berlatih untuk menjayakan cita - cita dan harapan untuk menyarung jersi Felda United satu hari nanti.

CUIT SIKIT:

Melihat kepada kedudukan semasa, aku kira usia Felda United tidak akan panjang sepertimana Johor FC. Dengan usaha yang sangat gigih untuk menyerahkan semua kepentingan Felda kepada FGVH yang bakal diapungkan sahamnya nanti, pastinya Felda United bukan lagi merupakan keutamaan Felda di bidang sukan.


Aku fikir hanya tokoh perniagaan yang gila dan sewel sahaja akan terus melabur untuk pasukan seperti Felda United yang pencapaiannya setakat suku tahun pertama 2012 adalah seperti di bawah;

Enam mata menerusi dua kemenangan termasuk menewaskan Gergasi Merah Selangor adalah pencapaian yang membanggakan. Boleh angkat ibu tangan!.

Namun, langit tidak selalu cerah. Langit Felda telah berubah mendung sekitar Januari. Kemelut di peringkat pengurusan tertinggi ketika itu aku rasa telah memberikan kesan kepada pasukan ini kerana antara yang terlibat di dalam kemelut itu ialah Presiden dan Pengurus Pasukan Felda United, siapa lagi kalau bukan Dato' Dzul.


Aku katakan kemelut itu memberikan kesan kepada Felda United kerana lihatlah prestasi Februari dan Mac di bawah ini;


Tiga perlawanan di bulan Februari hanya memberikan 1 mata buat Felda United. Pencapaian yang sama berulang pula pada Mac.

Selain kejayaan menewaskan Selangor, Felda United turut juga meraih satu lagi " kejayaan terbesar " apabila mereka dengan rela dan bangganya di tewaskan dengan jaringan 1 - 5 kepada Kelantan di Kota Bharu pada 31 Mac. SeCOROT - COROT Kuala Lumpur pun, mereka hanya tewas 0 - 3 kepada Kelantan di Kota Bharu.

Apa yang sedang diperlihatkan oleh Felda United dewasa ini adalah manifestasi kepada sebuah kekecewaan dan kejatuhan moral yang amat sukar untuk dipulihkan.

Ini bukan soal bajet. Aku tahu Felda United ini bukanlah terlalu mewah tetapi bukan juga terlalu daif. Soal bajet bukanlah masalah Felda United. Ini soal moral dan frustrasi insan yang baik dan disayangi ramai tetapi telah ditendang hanya kerana kehendak dan keperluan tekak dan poket segelintir anak cucu Adam di Jalan Perumahan Gurney.

Sama - samalah kita nantikan upacara mengkebumikan Felda United ini, sekiranya tiada usaha untuk memulihkan moral pemain dilakukan oleh mereka yang berkuasa di Wisma Felda dalam masa terdekat ini.

TPB Pembangunan Komuniti Felda ada apa - apa komen ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH