Jumlah Paparan Halaman

28.3.12

KEJUTAN ESTET.....

Piala FA 2012 telah menamatkan perjuangan 28 pasukan setakat ini. Usai peringkat kedua separuh akhir pada 27 Mac, empat pasukan masih bernafas untuk ke separuh akhir pada April dan Mei nanti.


Seimbas pandang, final nanti berkemungkinan akan menemukan semula dua finalis 2011 iaitu Terengganu dan Kelantan. Dua pasukan terhangat dan terpanas di Malaysia sekarang ini.


Namun, itu hanyalah kemungkinan kerana peringkat suku akhir kedua tadi,  jelas memberikan tuah buat tiga pasukan pelawat.


Bekalan satu gol rupa - rupanya sudah cukup buat Terengganu menyingkirkan Lions XII dari Singapura. Manakala pasukan Liga Premier, Sime Darby FC menang bergaya di kandang lawan. Johor FC tewas 1 - 2 setelah tewas Jumaat lalu di Selayang kepada Sime Darby FC dengan 2 - 3.


Kejutan pasukan estet terbesar di Malaysia ini turut diikuti oleh Kedah yang menang 2 - 1 di Kuala Terengganu mengatasi tuan rumah T - Team. Menariknya, kedua - dua pasukan seri tanpa jaringan Sabtu lalu di Alor Setar.


Hanya Kelab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali dengan KL SPA FC gagal bangkit apabila berhadapan Kelantan. SPA, pasukan daripada Liga FAM ini tersingkir dengan agregat 0 - 5 di tangan Pahlawan Merah Kelantan.


Keputusan penuh suku akhir
Sejauh mana langkah pasukan estet tetapi profesional, Sime Darby FC ini akan hanya ditentukan pada 1 Mei 2012. Pasukan bimbingan Ismai Zakaria ini bagi aku telah bermain dengan sangat mudah. Sekat dan serang balas. Satu pendekatan permainan dulu - dulu tetapi sangat berkesan.


Kejayaan Sime Darby mengatasi Johor FC bagi aku adalah kerana keberkesanan serang balas mereka yang dijayakan dengan berkesan oleh Patrick Ronaldinho Wleh yang boleh dikenali di http://en.wikipedia.org/wiki/Patrick_Wleh

CUIT SIKIT:

Dua K bakal membuat perhitungan di Kota Bharu dan Alor Setar manakala T dan S bakal berhadapan di Kuala Terengganu dan Selayang.

Di saat tumpuan pasti terarah kepada Terengganu dan Kelantan, jangan terkejut sekiranya Sime Darby FC dan Kedah yang bakal beraksi di final nanti.

Pertandingan kalahmati ini akan lebih seronok sekiranya menemukan dua pasukan underdog di final seperti Cadiff City bertemu Liverpool di final Piala Liga Inggeris baru - baru ini.

Lebih manis sekiranya pasukan estet yang bernama Sime Darby FC ini, muncul sebagai kelab pertama menjulang PIALA FA.

Siapa tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH