Aku petik dari sini http://msomelayu.blogspot.com/2012/03/maklumat-canggih.html satu cerita menarik bagaimana gergasi boleh bertukar menjadi ular lidi.
Ketika pihak A berbangga mempamerkan angka 4 juta di mukanya, pihak B yang pernah menjadi dominan di bidangnya kini hanya mampu mencatatkan bisnes sekitar 100 ribu sahaja. Tidak sampai 1 persen pun daripada 4 juta itu.
Di mana silapnya? Mungkin kerana pihak B gagal mengikuti arus semasa dan masih cuba membuat arusnya sendiri. Akhirnya, pihak B semacam ditelan arus semasa.
Jika ada pihak yang masih mengepit pihak B di celah ketiak, itu maknanya mereka akan berada di saluran satu.
Mungkin ada juga orang muda yang mengepitnya, bolehlah kita katakan orang muda ini berfikiran seperti saluran satu atau dia adalah seorang kontraktor yang sedang mencari tender kerajaan menerusi siaran B itu.
Akhirnya, kilang yang mengeluarkan hasil mahsul pihak B ini bakal menjadi milik orang kerana B sudah tidak tertanggung lagi 'overhead cost'nya.
CUIT SIKIT:
Perkara yang sama boleh berlaku kepada mana - mana pihak pun seandainya gagal mengikut arus bisnes semasa. Itu perkara biasa di bidang bisnes.
Tetapi dengan sengaja cuba menggadaikan kepentingan sendiri hanya kerana cuba mengikuti arus bisnes semasa, itu sudah luar biasa.
Lebih luar biasa sekiranya sering menyebut durian runtuh padahal apa yang dikatakan durian runtuh itu hanyalah setakat bertaraf rambai sekah sahaja.
Jika hari ini tercetus berita B bakal menjual aset pentingnya, tidak hairan sekiranya 10 tahun daripada sekarang, akan muncul pula berita pihak F akan menjual ladang dan kilangnya kerana menampung kerugian bisnes semasa.
Akhirnya, semua gergasi bakal menjadi ular lidi angkara memenuhi nafsu serakah peribadi melebihi menjaga kehendak dan kepentingan majoriti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan