Jumaat ini, bermula pusingan kedua Piala FA 2012. 16 pasukan yang terus bernafas di pertandingan kalahmati ini merangkumi lapan pasukan negeri, enam kelab tempatan dan dua kelab jemputan.
Lions XII FC, Singapura dan PK Reach FC, Kemboja akan bertemu lawan masing - masing yang bermain di Liga Premier dan Liga FAM.
Jadual pusingan ke 2.
|
Empat semi finalis 2011, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Selangor masih bernyawa. Tetapi, aku jangkakan dua pasukan bakal tersekat usai perlawanan Jumaat dan Sabtu ini. Selangor dan Pahang berhadapan tugas sukar menghadapi tuan rumah, dua pasukan kelab tempatan yang sangat konsisten. Perlawanan Selangor bertemu Johor Fc dan T-Team melawan Pahang mungkin juga bakal diputuskan menerusi sepakan penalti.
Perlawanan kalah mati sebegini sememangnya menyajikan pelbagai kejutan dan drama terutamanya apabila ada pasukan besar memandang enteng kekuatan lawan. Imbas kembali beberapa kejutan / upset di pusingan pertama.
FAM- Liga FAM. LP-Liga Premier. LS-Liga Super. UND-Undangan.
|
CUIT SIKIT:
Sangat upset sekiranya tuan rumah yang gah dan glamour di mata penyokong setia, tewas di tempat sendiri.
Lamo bonar domam tu. Cam tak mau sombuh.....Kan? Kan? Kan?..............
Nota Kaki.....
Carta Terkini Liga Super dan Liga Premier setakat 6 Mac 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan