Jumlah Paparan Halaman

23.3.12

MENCARI DALANG PUJAAN.....

Dalang adalah watak utama yang menghidupkan persembahan wayang kulit. Berlindung di sebalik tirai sambil mengerakkan patung kulit, dalang akan menyampaikan ceritanya secara bersahaja dan menarik.

Kebolehan utama dalang ialah mampu bercakap dengan pelbagai intonasi suara. Persembahan wayang kulit bergantung sepenuhnya kepada kemampuan dalang kerana ianya berlaku secara 'one man show'.


Dalang juga adakalanya muncul di khalayak dengan gaya berbeza namun, persembahan 'one man show' tetap berlaku apabila dalang muncul.

Dalang yang baik ialah dalang yang menjadi pujaan dan digemari ramai kerana suka membuat lawak apabila muncul di khalayak.

Manakala Dalang yang kurang baik pula ialah dalang yang telah membocorkan rahsia dalang kepada pihak lawan dalang.

Maka, bermulalah kisah menarik, DALANG mencari DALANG.

Dalang manakah yang sanggup bersekongkol dengan pihak lawan dan sanggup pula berkorban harta dan nyawa membocorkan maklumat sulit dan rahsia rasmi organisasi.

Menurut kaki skodeng aku di KL, telah ada seseorang yang dah di'pinpoint'kan sebagai dalang. Khabar angin dan khabar udara telah bertiup kencang di Jalan Perumahan Gurney kononnya salah satu dalang itu telah dikenalpasti.

Inilah perkara sulit yang telah dibocorkan kepada pihak lawan. Aku fikir, jika kita membincangkan perkara yang baik - baik demi kemajuan organisasi, biar sesulit mana pun dokumen itu, tak perlulah nak kecoh - kecoh.

Cuma yang aku bimbang ialah ada tercatat di dokumen berkenaan persetujuan untuk memberikan habuan buat ketua - ketua peneroka supaya menyokong dan sama - sama menjadi dalang menjayakan projek durian runtuh yang heboh dipentaskan di segenap pelusuk alam.

Lantaran ada beberapa perkara yang sulit lagi menyulitkan tercatat di dokumen berkenaan, maka, mahu tak mahu, terpaksalah diusahakan satu projek lain iaitu, projek mencari dalang pujaan.
CUIT SIKIT:

Bagi aku cerita dalang dan kebocoran maklumat kepada pihak yang tidak sepatutnya ini, ada kaitannya dengan dalang dan tangan emas yang telah mengkucar-kacirkan pentadbiran utama Felda kini.

Jika kita sendiri bersifat dan bertindak seumpama dalang, janganlah heboh dan kecoh jika ada pula pihak lain yang mengikut jejak dan cara kita.

Selama setengah abad, pentadbiran dan pengurusan Felda berjaya menjalankan visi dan misi organisasi dengan aman dan tenteram, pastilah timbul semangat setiakawan yang akrab sesama mereka.

Sikap bekerja sebagai satu pasukan yang telah tertanam di jiwa kakitangan Felda inilah yang menyebabkan pihak yang simpati kepada DG dan DDG yang teraniaya itu bertindak menyongsang arus dan menjadi dalang membocorkan rahsia dalang kepada pihak lawan.

Dah kena la tu. Cuma, Siapakah Dalang Pujaan Yang Dicari tu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH