SABTU 28 April 2012. MALAYSIA VS SRI LANKA. 8.45 MALAM DI STADIUM SHAH ALAM.
Semasa diumumkan pertemuan tersebut, aku percaya ramai kaki bola Malaysia tergelak berair mata kerana hairan macamana Malaysia memilih untuk bertemu Sri Lanka sebagai ujian kepada persediaan untuk mempertahankan kejuaraan AFF hujung tahun ini.
SRI LANKA? YA! Sri Lanka. Sebuah negara yang terkenal dengan kriket bukan bola sepak.
Jangan tak cayo jika pemain Malaysia menyepak bola manakala pemain Sri Lanka memukul bola.
Ranking kedua - dua negara di mata FIFA adalah sama. Dua - dua ada no. 1 di depan dua digit seterusnya. Maknanya, masih NOMBOR SATU. Bukan nombor dua.
Menerusi bantuan pakcik Google, aku dapati Ketua Jurulatih Sri Lanka belum mendapat apa - apa gelaran di pangkal namanya. Belum dapat DATUK. Opppppppssss, I'm Sorry. Di Sri Lanka mana ada gelaran datuk. Kesian Sri Lanka.
APA ISTIMEWANYA pertemuan Sabtu nanti.
Sebenarnya, pertemuan tersebut amat - amat istimewa kerana bakal menemukan dua pasukan dari satu benua tetapi berada di dua wilayah yang berbeza.
MALAYSIA di ASIA TENGGARA manakala SRI LANKA di ASIA SELATAN.
Dua - dua sama hebat kerana pernah menjuarai pertandingan di peringkat wilayah masing - masing.
Lihat di bawah.....
Memang pertemuan nanti bakal menajdi pertemuan TERBAIK DARI LADANG.
Dan seperti biasa, jika permainan itu tidak menjanjikan syurga buat Malaysia, King Gobal akan berkata, " kita masih mengkaji dan menguji pemain ". " Tanpa pemain dari Kelantan dan Terengganu, kita dapati kita masih ada pemain lain yang boleh diharapkan," tambahnya lagi. Beliau juga menambah," saya percaya, para pemain saya akan memuncak di masa yang tepat".
CUIT SIKIT:
Jangan marah heh!
Di kala banyak kelab - kelab di Liga Inggeris sudi datang dan menjadikan Malaysia sebagai medan latihan, rupa - rupanya tidak banyak pasukan negara mahu menjadikan Malaysia sebagai sparring. Akhirnya, SRI LANKA pun SRI LANKAlah. Janji buleh buat game kat Shah Alam. Dapat juga cover duit rumput baru.
Jika tiada agenda lain pada waktu berkenaan, kita layan je.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan