Usai sudah perlawanan penting. RUSA menentang PENYU.
Keputusannya? SERI atau bak kata orang kampung den, SORI YO.
Sori yo? Iyo. Walau pun macam nak menang.
Penalti di minit ke 85 itu gagal disempurnakan oleh Effa Owona. Itulah turning point keputusan sori tu.
Sebelum detik itu, Penyu ternyata gagal mempamerkan keupayaan mereka sebagai sebuah pasukan kuat dan disebut - sebut bakal menjuarai Liga Super.
Tiada lagi gerakan - gerakan penuh muslihat dan mengelirukan lawan oleh tiga serangkai, Kallang Tie, Saha dan Manaf. Tiada lagi bola umpanan seumpama petik dan jentik oleh Kallang Tie.
Semuany tampak berbeza buat Terengganu dan jelas mereka berada setakuk lebih bawah berbanding NS.
Bukan aku nak puji NS pujaan ramai di Negeri Adat Perpatih ni. Tetapi, itulah hakikatnya.
Selepas mendapat penalti di minit ketiga, Terengganu jelas tidak mempamerkan hasrat untuk menang di Paroi tadi.
Di atas adalah keputusan semua perlawanan Liga Super 17 April.
Sesuatu yang amat positif buat NS adalah kebangkitan segera mereka sebaik ketinggalan menerusi penalti Forkey Doe, pemain impot Terengganu itu.
Amat positif apabila aku menyaksikan kelibat gandingan Owana dan Shahurain Kocik di bahagian serangan NS. Gandingan baik itulah yang menghasilkan jaringan penyamaan di minit ke 21.
Kelihatannya gandingan ini lebih tajam berbanding gandingan Owana dan Shakir. Kerana ketajaman mereka berdualah, kita melihat Sharbini lebih kerap terbang menyelamatkan bola berbanding Farizal di pintu gol NS. Boleh dikekalkan dan diasah supaya lebih berbisa lagi.
Begitu juga gandingan Idham dan Halim di midfield. Pastinya tampak cemerlang ialah gandingan Shukor dan Rashid di centreback.
Tiada apa yang nampak cacat biarpun tanpa Farbak, Idris dan Zamani di kesebelasan utama.
Ini antara persembahan terbaik NS musim ini biar pun SORI yo. Bermain dengan sikap positif, pantas menutup ruang, cepat menyerang dan pastinya, kelihatan kesebelasan tadi tampak cukup cergas.
Cuma satu je kekurangannya. Amat jarang muncul aksi larian solo pemain sayap yang mengucar - kacirkan pertahanan lawan seperti di era Wan Jamak dahulu. Kunanlan sudah hilang sentuhan solonya yang menjadi pujaan ramai tu.
Kecuali penalti Effa yang meliar di atas palang gol, aku bagi 4 bintang kepada persembahan NS tadi.
Mungkin inilah barisan yang boleh menjadi senjata AK-9 sebenarnya untuk musim ini.
Dengan baki 11 perlawanan, aku fikir NS mampu untuk menduduki tangga ketiga liga musim ini.
CUIT SIKIT:
Buat rakan - rakan Penyokong Setia Negeri Sembilan [PSNS], jangan dikesali penalti yang tersasar, tetapi lihat keseluruhan prestasi pasukan tadi.
Tadi, adalah antara persembahan terbaik NS musim ini. Jangan diketepikan pencapaian itu begitu sahaja.
SORI YO!......
perlawanan mlm td mmg patut dipuji.. banggo tgok team nesmilan main walaupun SORI yo.. teruskn perjuangan wahai pemain nesmilan.. banggo amek sey..
BalasPadambangga dengan n9..bende lalu usah dikenang..terus maju
BalasPadamNogori den memang hebat. Penalti tak masuk ko, kono palang ko, den tak kisah. Asalkan bendero eh merah, hitam, kuning totap dihati. Cumo mintak tolong kok ado sesapo ko yang kenkawan ngan Owona tu yang boleh cakap dan nasihat dio supayo jangan over bonar. Dio memang dah best tapi mentaliti kono boto.
BalasPadamHOBIN JANG HOBIN ... monang den sorak, kalah pun den sorak. Sori pun den sorak ..MHB