Ranking. Satu perkataan yang tetiba menjadi sebutan ramai. Semuanya bermula dengan satu sosok bernama Annuar Musa.
Ranking adalah satu ukuran yang disediakan bagi menilai mutu dan pencapaian individu atau kumpulan. Kerana ranking itu adalah ciptaan manusia, sudah tentulah ianya tidak sempurna. Namun, oleh kerana itu sahajalah mekanisma yang digunapakai sekarang ini, kita terima sahajalah tanpa apa - apa bantahan.
RANKING MENURUT TENGKU DAN RAJA
Semalam, Timbalan Presiden 1 FAM dilaporkan bertitah ranking itu perlu demi kemajuan bola sepak negara. Dengan ranking pasukan negara yang baik juga, para pemain boleh mencuba nasib di liga yang lebih tinggi kualitinya berbanding liga tempatan.
Hari ini dilaporkan pula, Rajagobal tidak mempedulikan soal ranking. Beliau tetap tidak menerima ranking semasa FIFA, sebagai ukuran kepada prestasi terkini pasukan di bawah jagaannya yang semakin merudum itu.
Sepintas lalu, tatkala Tengku Timbalan Presiden mengakui ranking perlu diambil berat demi kemajuan pemain dan pasukan, Raja pula seolah - olah bercakap, "Ranking? Pegi dah....".
Di sini, siapakah yang lebih melihat kemajuan dan masa hadapan untuk pemain bola sepak. Tengku atau Raja.
RANKING BUKAN UKURAN DI PIALA FA
Mungkin benar, ranking bukan ukuran. Tetapi kejayaan Kelab Sime Darby menewaskan Negeri Terengganu di separuh akhir pertama Piala FA telah mencetuskan satu lagi bantahan terhadap PBSNT usai perlawanan berkenaan.
Kenapa terjadi peristiwa itu? Jawapannya mudah. Kerana para penyokong setia Terengganu sependapat dengan Tengku sedangkan Presiden dan Pengurusan PBSNT sependapat pula dengan Raja.
Pendapat siapa yang benar?
Bagi aku, jika hidup ini tiada sebarang ukuran dan perbandingan, tiada sebarang KPI atau SKT untuk dicapai, eloklah pihak yang tidak mempedulikan ranking ini, bermain bola tanpa pakaian. Elok juga sekiranya puak yang tidak mempedulikan ranking ini terus memandu tatkala lampu isyarat berwarna merah.
CUIT SIKIT:
Ranking adalah satu ukuran yang perlu ada supaya ada usaha untuk meningkatkan kualiti. Kerana adanya rankinglah, kita hidup di alam realiti bukan fantasi.
Kerana ranking jugalah separuh akhir kedua Piala FA nanti pasti lebih hangat daripada biasa.....
Terengganu dan Kelantan adalah dua pasukan yang berada di ranking 1 dan 2 ketika undian Piala FA ini dijalankan. Kedua - dua pasukan dijangka akan ke final lagi tahun ini. Kantung FAM pasti lebih banyak masuk kerana kekuatan pasukan dan penyokongnya.
Jika dua pasukan yang tiada ranking seperti SIME DARBY dan KEDAH ini layak ke final, berapa ramai penonton yang akan ke stadium?
Aku nak dengar komen Datuk Midin dan Datuk Judin bab ranking meranking ni? Terutamanya jika benar - benar SIME DARBY dan KEDAH bermain di FINAL PIALA FA 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan