|
Hajat dan niat untuk membalas dendam tidak menjadi nampaknya. Februari lalu, di arena rumput tiruan di Singapura, NS tewas 1 - 3.
3 April 2012 adalah hari malang dan suwey buat NS. Tewas pula di arena sendiri yang padangnya adalah padang rumput asli. Cow grass lagi.
Apa alasan kepada kekalahan ini?
|
|
Sebenarnya tidak perlu memberikan sebarang alasan kepada kekalahan ini. Ini hanyalah kekalahan pertama di arena sendiri buat NS untuk musim ini.
Jangan sampai kekalahan di Paroi berulang lagi sudahlah. Bimbang stadium tu lengang selepas ini.
|
|
Kekalahan pertama di arena sendiri itu hanyalah kekalahan keempat secara keseluruhannya untuk musim ini. Dengan baki 14 perlawanan liga, masih ada ruang untuk NS muncul juara sebenarnya. Masih ada harapan kepada pasukan ini. Benarlah kata orang putih dan orang hitam, it's not the end of the world.
Memang pun. Kekalahan bukanlah petanda berakhirnya hidup dan perjuangan di dunia ini.
Cuma, kekalahan kepada Lions XII itu adalah kekalahan yang amat amatur. Seumpama budak sekolah Felda Palong 12 yang bermain.
Tidak sepatutnya seorang pemain yang tinggi lampai, bergaji mahal, dan sering dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya gagal menyepak bola dengan kuat. Jauh dari kawasan sendiri. Tak patut.
Tidak sepatutnya juga pemain berkenaan gagal mengawal bola senang di kotak penalti sendiri.
Malah memang tidak patut apabila pemain panjang itu jatuh tunggang langgang sehingga lawan mendapat gol ketiga. Mengapa jatuh? Kasut takde stud ke?
Lagi tak patut sekiranya pemain profesional yang muka macam Bangla tu tak tahu jenis kasut yang sesuai untuk dipakai ketika bermain selepas hujan.
Lagi tak patut apabila pemain tinggi lampai yang tidak mempunyai speeding dan skill terbaik ini masih dipanggil untuk latihan pusat pasukan Malaysia.
|
Kalah tu biaso, tetapi kalahlah dengan cara melawan dan jantan. Bukannya kalah kerana pemain kito cam bangang dan amatur.
CUIT SIKIT:
Kenali siapa yang aku maksudkan.....
Jutaan anak cucu Nabi Adam melihat aksi budak sekolah si Gunjai ni menerusi TV dan layar gergasi kerana pertemuan Negeri Sembilan dan Lions XII disiarkan secara langsung oleh Astro Arena.
Jutaan umat Nabi Muhammad juga dapat mendengar komen pedas oleh pengulas - pengulas di stadium dan di studio terhadap siGunjai ni.
Alahai Gunjai, harapkan panjang aje tapi APO PUN TAK BULEH!.....
memang jelas mahathevan langsung xde fungsi...istilahnya GAGAL...ketiga2 gol Lions 12 berpunca daripada kesilapan mudah dia...dan kelemahan Ref sekali lagi jelas...tidak berada di posisi yg tepat...FAM kena terima hakikat, ref Malaysia masih ditakuk lama!
BalasPadam