Lama setelah berita dan cerita berkenaan Tuan Haji Abidin Abd. Rahman disepak dan diterajang keluar dari Wisma Felda, kini aku bawakan sekali lagi khabar berkenaan seorang insan bernama Aji Biding ni.
Mantan Timbalan Pengarah Besar [ Pembangunan Komuniti ] Felda yang bergred gaji JUSA B [ jika tidak silap aku ], khabarnya sekarang ini bersenang lenang di Wisma Felda. Memang senang lenang le, gaji ado kojo takdo.
Tak cayo? Inilah hiraki terbaru Wisma Felda sekarang ini.....
Dengan gaji dan elaun belasan ribu ringgit sebulan, Aji Biding khabarnya sedang melaksanakan satu misi khas tanpa jabatan dan jawatan seperti tertera di atas. Bertuahnya Aji Biding sebab mendapat tugas khas di....
Tak cayo? inilah catatan seorang anoy di blog ini
|
Walau bagaimanapun, aku secara peribadinya mengalungkan jutaan bunga maya dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Aji Biding kerana sanggup bertindak menentang usaha pihak tertentu untuk meranapkan KPF sebelum ini.
Inilah yang dikatakan Berani Kerana Benar, Bercakap Benar Biar Pun Pahit. Setidak - tidaknya tindakan Aji Biding ni menzahirkan kepada kita apa yang sebenarnya bakal berlaku jika semua pihak bersikap enggeh dan yes sahaja.
CUIT SIKIT:
Syabas Aji Biding kerana tuan berani menentang arus kerana mempertahankan kebenaran.
Bukan macam kawan kita yang botak tu. Tahunya hendak memijak kawan je!
Ado yang teghaso ko?.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan