Sekadar mengkaji. Aku yang pada mulanya tidak kisah dan tidak berminat untuk memahami akan sikap penyokong Terengganu, akhirnya mengambil masa sehari suntuk sempena cuti Ahad ini untuk menyediakan catatan berikut.
MENGAPA PENYU MERUSUH jika prestasi pasukan Negeri Terengganu adalah seperti di bawah.....
JANUARI |
FEBRUARI |
MAC |
GRAF PENCAPAIAN |
Setelah seharian mengkaji, akhirnya aku berpendapat, secara keseluruhannya prestasi Terengganu masih baik dan berada di landasan yang betul untuk menguasai pertandingan di peringkat Liga Super sekurang - kurangnya.
Soal kalah menang tidak dinafikan adalah ADAT PERTANDINGAN. Tetapi, dengan tiket untuk masuk ke stadium berharga RM 15.00 [terbuka], pastinya para penyokong mengharapkan setiap pemain mempamerkan prestasi terbaik mereka di setiap perlawanan.
Di sinilah aku melihat Terengganu telah melakukan satu kesilapan. KALAH TIDAK KENA PADA MASANYA.
TIGA KEKALAHAN hampir berturut - turut sepanjang April itulah yang menyebabkan para penyokong Terengganu naik angin.
Segala - galanya telah tercetus di sini.....
Para penyokong Terengganu mula bersuara sebaik sahaja pasukan kesayangan mereka ini dibelasah 1-6 oleh Selangor dan tewas pula di tempat sendiri kepada Tampines Rovers di Piala AFC.
Kemenangan menerusi gol sendiri S.Kunanlan ke atas Negeri Sembilan sebenarnya tidak mampu untuk mengubati luka di hati penyokong.
AKHIRNYA, tercetus satu perkara yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa. YA! Siapakah diantara kita yang boleh terfikir, satu hari nanti ada penyokong yang menyerbu Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri sehingga ke rumah.
PELIK dan AJAIB. Ianya berlaku di Kuala Terengganu pada tanggal 21 April 2012. Baca di sini
AKHIRNYA penyokong telah bersuara. CMJ atau MZMA yang bakal menjadi kambing korban? Sama - sama kita tunggu.
Meneliti kembali dua perlawanan terakhir Terengganu, lawan Negeri Sembilan di Paroi dan lawan Sime Darby di Kuala Terengganu, aku dapati, masalah Terengganu bukanlah masalah Presiden PBSNT mahu pun masalah Ketua Jurulatih.
Masalah mereka adalah kerana dua pemain muda yang bernama Muslim Ahmad dan Faizal Muhamad seringkali hilang fokus di penghujung perlawanan. Kekurangan itu turut dibantu oleh tiadanya pemain tengah bertahan yang benar - benar hebat seperti yang telah dipamerkan oleh Reeshafiq Alwi sepanjang musim lalu.
Setakat ini, ketiadaan Reeshafiq tidak mampu ditampung oleh Terengganu walapun mempunyai Baiano dan Forkey Doe yang amat berkebolehan itu. Buktinya, dalam dua perlawanan terakhir itu, bahagian midfield Terengganu hilang di sepanjang permainan.
Tidak dinafikan Terengganu mempunyai jentera serangan yang hebat. Namun, satu kekurangan Terengganu di mata aku ialah, mereka lambat mematahkan serangan lawan. Kegagalan mematahkan serangan lebih awal, akan menyebabkan lawan menyerang dengan pantas.
Di kala itu, hanya pemaian pertahanan sahajalah yang diharapkan untuk menyekat. Namun, walau sehebat mana pun pemain pertahanan, kalau kerap diasak lawan, akan bolos jua akhirnya. Itulah yang berlaku apabila serang balas pantas Sime Darby, membolehkan mereka mendapat gol kemenangan di minit ke 90 + 2 semalam.
CUIT SIKIT:
Mengapa penyokong yang selama ini hanya menaikan sepanduk membuat bantahan, sanggup menyerang rumah Presiden?
Jawapannya, kerana mereka tidak dapat menerima kekalahan kepada Sime Darby, pasukan kelab yang cuma bermain di Liga Premier. Mana mungkin ada peminat dan penyokong yang boleh menerima kekalahan kepada pasukan yang jauh lebih rendah rankingnya berbanding JUARA PIALA FA 2011, Naib Juara Piala Malaysia dan Liga Super 2011.
Siapa kata ranking tak penting?
Mampukah Terengganu bangkit daripada kekalahan semalam jika pemain ini....
masih tidak boleh bermain?
Inilah punca sebenar Terengganu mula merosot prestasinya sekarang ini. Ketiadaan JENDERAL PADANG dan ABANG BESAR yang menjadi pemimpin dan penjana motivasi pemain di padang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan