Jam 8.45 malam, 19 Mei 2012, sepak mula Pertandingan Akhir Piala FA bakal dimulakan. Lokasinya: Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Dua Ketua Jurulatih, satu barang buatan Malaysia, satu lagi produk impot. Persamaannya, kedua - duanya pasti sentiasa berdiri di petak teknikal di hadapan bangku pemain simpanan dan pegawai di tepi padang.
Hanya satu di antara Ismail Zakaria atau Bojan Hodak yang bakal ceria. Bab ini tiada kompromi.
Laluan kedua - duanya adalah seperti di bawah.....
Kedua - duanya melalui satu perjalanan yang hampir serupa skrip dan likunya. Dan kedua - duanya mencatat keputusan seri di separuh akhir kedua pada 1 Mei. Cuma, Kelantan dilihat lebih garang kerana bangkit setelah ketinggalan dua gol di Alor Setar dan layak ke final menerusi agregat jaringan di tempat lawan.
Prestasi kedua - dua pasukan sepanjang Mei ini tampak bagai bumi dan langit.
Darjat kedua - duanya jelas berbeza. Lihatlah warna apa buat tiga perlawanan terakhir mereka. Hijau untuk MENANG, Merah untuk KALAH.
Ketika Kelantan menang tiga perlawanan selepas separuh akhir kedua Piala FA termasuk menewaskan pendahulu Liga Super, Lions XII, Sime Darby pula jelas bergelut dan tewas dua kali berturut - turut kepada dua pasukan teratas Liga Premier, ATM dan Pahang.
Namun, Final Piala FA adalah permainan yang berbeza. Dan, kedua - duanya pasti bermain di bawah tekanan untuk muncul Juara Baru dan membawa pulang Piala FA Baru yang berharga RM 80 ribu itu.
Di atas adalah imbasan pencapaian kedua - dua pasukan di pelbagai pertandingan yang mereka sertai. Jelas, Kelantan lebih menyerlah.
Agak menarik, Sime Darby dikendalikan oleh Buatan Malaysia, jaringannya diungguli oleh pemain impot. Kelantan pula dilatih oleh Barang Impot, jaringannya dikuasai oleh pemain tempatan. Lebih menarik, Nor Farhan bukanlah pemain yang sering menjadi pilihan utama sebagai penyerang. Jika turun bermain pun, tempat kebiasaannya adalah di sayap kanan.
Pastinya, ramai yang akan memberikan fokus, berapa ramai dan siapa yang bakal hadir ke Stadium Nasional sebagai penyokong Sime Darby. Bab penyokong Kelantan, tak perlu dipanjang lebarkan. Satu dunia sudah tahu, mereka akan memenuhi tiga per empat muatan stadium nanti.
Siapa punya....
Aku fikir, sekitar jam 10.40 malam, akan ada keputusan muktamad kerana Juara Baru untuk Piala Baru ini bakal diputuskan dalam tempoh 90 minit sahaja.
Aku ramalkan SIME DARBY sebagai pemenangnya. Sebabnya, membuat upset dan MEMBUNUH GERGASI adalah tugas mereka di Piala FA tahun ini.
Kerana SIME DARBYlah, K.DEVAN dan MAT ZAN hilang kerja dengan sekelip mata.
CUIT SIKIT:
Siaran Langsung perlawanan bola sepak malam minggu tidak hanya tertumpu kepada Final Piala FA 2012 sahaja.
Ada dua lagi siaran langsung untuk anda ikuti.....
dan juga yang ini sebagai kemuncak kepada malam minggu yang panjang buat anda, KAKI BOLA seluruh negara....
Selamat Menonton Dengan Penuh Semangat Kesukanan, Walau Di Mana Jua Anda Berada.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan