15 Mei mungkin merupakan hari malang buat seladang. Pastinya Yob dan Yong keluar stadium dengan muka merah sebab Seladang kalah.
Kak Limah juga mungkin balik rumah dengan rasa geram. Mana mungkin Seladang yang sasa boleh kalah teruk kepada Rusa. Memang rusa lebih kecil tubuhnya berbanding seladang. Tapi yang baru dilawan tadi bukan calang-calang rusa. Ianya RUSA PERKASA.
Kan I dah cakap, Seladang tidak pernah menang di Paroi sejak 2005. Skornya pulak 3-1,sama dengan skor pada 3 Mei 2011. Tentu Kak Limah masih ingat bagaimana Hai-O ketika itu buat jaringan pelik untuk Rusa.
Cuma, I nak mintak maaf banyak - banyak pada Kak Limah. Yalah, masa bermain tu mungkin ada tertendang ke, tertanduk ke, tersepak ke. I tak sengaja tau. Janganlah marah.
I doakan Kak Limah Balik Rumah dengan selamat. Nanti bila - bila senang, kita lawan lagi.
CUIT SIKIT:
Sebenarnya tahun ini, NS dan Perak sama handal. Di Ipoh pada 17 Januari lalu, Perak menang 2 - 1. 15 mei pulak, NS menang 3 - 1 di Paroi. Masing - masing dah dapat 3 mata. Cuma jaringan NS lebih satu je.
Tapi tahun ni lebih meriah sebab ada dua pemain NS dan Perak mendapat ang pau daripada PENGADIL pada minit ke 79. Akhirnya, sama - sama main dengan 10 orang pemain je. ADILKAN?......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan