Jumlah Paparan Halaman

19.5.12

MALAM KELANTAN.....

Minit ke 57 : 55 bola mengolek masuk ke sebelah kiri pintu gol Sime Darby ketika Wak atau Redzuan Harun merebahkan badan ke sebelah kanan.
Gol penalti jaringan Mohammed Ghaddar sudah cukup buat Kelantan untuk meraih kemenangan bagi melengkapkan siri kejuaraan di pertandingan utama bola sepak negara.

Rentetan kejuaraan Kelantan adalah......
Ini belum lagi diambil kira kehebatan Kelantan di pertandingan Piala Emas Raja - Raja dan pelbagai lagi pertandingan di peringkat umur seperti Piala Razak dan Piala Rahman yang gah sekitar tahun 60'an, 70'an dan 80'an.

PIALA FA yang dimenangi setelah sekian lama mencuba, hanyalah pelengkap kepada sebuah catatan panjang kejayaan Kelantan di arena bola sepak negara.

TAHNIAH KELANTAN. Sejak diterajui oleh TS Annuar Musa, Kelantan setiap tahun muncul di Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula 2009.

TAHNIAH juga buat Sime Darby kerana mampu bertahan sehingga ke minit 57 tu. Al-maklum, pastinya tidak ramai yang berani meramalkan mereka mampu mengikat Kelantan dengan keputusan 0-0 di akhir separuh masa pertama. Sejarah telah tercatat bahawa Sime Darby adalah KELAB PERTAMA berjaya ke Final Piala FA setelah 23 tahun dipertandingkan.

CUIT SIKIT:

Mungkin tahun ini juga adalah masa terbaik buat Kelantan untuk menunjukkan belang dan taring di peringkat ASIA pula.

Rabu nanti, Kelantan akan bertemu jiran sebelah untuk mencari jalan ke suku akhir Piala AFC 2012.
Selamat maju jaya Kelantan biar pun Presiden anda perlu membeli tiket untuk masuk menyaksikan Final Piala FA 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH