DERIAN adalah bahasa kampungku di Pahang apabila merujuk kepada DURIAN. Di Nogori ni, aku biasa juga mendongar perkataan DIYAN. Ia juga merujuk kepada DURIAN.
Lantaran pengumuman DURIAN RUNTUH dibuat di Felda Jengka 8 atau nama rasmi yang diberi oleh Felda, FELDA Kesidang Jengka 8, aku lebih gemor menyebut pemberian itu sebagai DERIAN RUNTUH.
DERIAN RUNTUH adalah bidalan orang tua - tua apabila merujuk kepada sesuatu rezeki yang datang tiba - tiba. Perkataan lain yang seumpama dengannya adalah REZEKI TERPIJAK.
Tabiat dan kelaziman sesuatu yang datang tiba - tiba ini adalah, SEKALI SAHAJA. Kalau dapat setiap hari, itu namanya PENDAPATAN HARIAN. Kalau dapat setiap minggu, itu digolar PENDAPATAN MINGGUAN. Begitulah seterusnya.
Dan coretan ini bukanlah bertujuan untuk mengulas DERIAN RUNTUH itu. Apa sahaja yang boleh runtuh dan mendatangkan manfaat kepada aku 7 beradik, aku syukuri dan dibahagi bersama. Sekiranya yang runtuh itu bala, sama - samalah kita ucapkan takziah dan mengambil iktibar daripadanya.
Apa yang aku nak paparkan di sini ialah kisah separuh benar yang telah berlaku dan bakal berlaku di Wisma Felda dan bakal bersambung pula di Menara Felda nanti.
Aku kata separuh benar kerana tidak berlaku di dopan mato den. Tetapi, menelusuri perkembangan selama sebulan dua ini, apa sahaja catatan yang muncul di wall Informasi Felda Semasa, almost 99.99 % tepat dan benar.
Namun, pembelajaran aku di Institut Penyiaran & Penerangan Tun Abdul Razak [ IPTAR ], lama dahulu, mengatakan apa sahaja info, berita atau penerbitan hanya akan menjadi 100 % benar apabila kita lihat sendiri atau datangnya daripada sumber rasmi atau daripada mulut seseorang yang berkuasa ke atas info tersebut.
Justru, kerana info ini muncul di wall fb, walau pun benar, aku tetap menganggap ianya separuh benar tetapi layak dipercayai.
Perkongsian info adalah seperti berikut;
Corat Coret
diJengka 8, Selasa 08.05.2012
Bila pekerja2 Felda komplin barulah kalamkabut diubahkan.
Seperti biasa seblum PM
datang Ahmad Maslan ambil mike berucap mengajar peneroka mcm kat Tadika la
pulak. disuruh peneroka angkat tangan yea sana yea sini ....
Isa Samad pulaj
dtg dgn siren yg amat kuat, tujuan memberitahu peneroka yg pengerusi dah
datang, MB pu dtg senyap2 aje. (dulu zaman Tan Sri Yusof Noor tak pernah pun
pakai siren beribu2 program dihadiri)
Ustaz Safie Muda yg jadi MC
kuat sngt komplin kali ini, naik tocang ustaz ini sejak tiada DG, tapi RGM dilayan
mcm peneroka biasa tak pulak dia komplin.
RGM Felda disumbat satu bilik
beramai2,
Anuar Malek, Kamis, unisex, pegawai Isa, org2 FGVH tinggal sebilik
seorg. (superior) Akhirnya RGM mengalah dan tido diJerantut. Mlm tadi RGM
sembang2 adik beradik la katakan ... curah perasaan tak puas hati dgn perangai
Faizoul yg tak abis2 mengamuk dan memperbodohkan org ???? Perangai mcm dirasuk
... baran tak tentu pasal.
Pegawai2 perempuan kena hamput dgn Faizou.
Isa Samad mcm tak kisah masa
depan Felda ... kejanya mengutuk sana sini pegawai2 dan pengarah2 Felda. ?????
Kpd peneroka seluruh negara klu tak sukakan Isa Samad dan kuncu2nya, jgn
salahkan PM, takan PM nak tahu semua ini.
Kpd Para2 Peneroka, Isteri2 Peneroka
dan Anak2 Peneroka - Selamat menerima 'Durian Runtuh'
Dalam ertikata mudah, Pengurus Besar Wilayah [ RGM ] yang seramai 11 orang bakal menjadi Pengarah Jabatan [ sekarang ada 9 Jabatan di Wisma Felda ]. Mereka inilah juga yang biasanya bakal menduduki empat kerusi tertinggi bagi jawatan DG - Pengarah Besar dan DDG - Timbalan Pengarah Besar.
Aku katakan akan memberi impak di masa hadapan adalah kerana sifat sebagai manusia, apabila layanan yang diterima tidak memenuhi protokol dan selayaknya, mereka akan berkecil hati.
RASA KECIL HATI boleh menimbulkan dendam dan sebagainya yang pastinya, bukanlah sesuatu yang amat baik bagi sekumpulan kecil manusia yang berkuasa besar.
Sekarang pun telah muncul sekelompok manusia kecil yang tetibo jadi bosar kerana merasakan mereka itu KEBAL biarpun BEBAL.
KEBAL kerana merasakan sentiasa selamat walau pun buat perkara tidak betul. Dan, BEBAL kerana menggunakan kekebalan itu untuk melompat naik dengan cara memijak dan menghentak kepala kenkawan yang lebih senior.
Lebih teruk daripada BEBAL ialah DUNGU. DUNGU kerana melobi untuk menjawat jawatan PENGARAH JABATAN tetapi tidak pernah melalui pengalaman menjaga Wilayah. Setakat bergelar PENOLONG PB WILAYAH sahaja, pastinya amat janggal apabila tetiba diangkat menjadi PENGARAH.
Samalah keadaannya, seorang PENYELIA diangkat menjadi PENGURUS tanpa melalui proses sebagai PENYELIA KANAN dan PENOLONG PENGURUS.
Aku pasti, ketidakharmonian di peringkat pengurusan tertinggi itu, sebahagian besarnya akan sampai kepada peneroka di rancangan selaku pelanggan utama Felda.
Sekarang ini pun sering kali kita mendapat info ada sifolan yang menduduki kerusi lebih tinggi sedangkan beliau masih junior, kerana kununnya amat rapat dengan siPENjaGa kERUSI FELDA.
Walau pun aku dah hampir dua tahun berada di luar gelanggang, jika keruntuhan moral berlaku di peringkat pengurusan Felda, aku juga bakal menerima tempiasnya kerana, AKULAH PEWARIS DAN PENTADBIR KELUARGA AKU DI FELDA.
Ingatlah..hari ini anda berada di atas kerana memijak, menghentak dan menghenyak tubuh badan kenkawan, suatu hari nanti, karma itu akan berbalik juga kepada anda. Seandainya ANDA terlepas, ANAK CUCU ANDA belum tahu lagi.
Bawak - bawaklah berubah bang.
Nota Kaki;Terima kasih Bro Yee kerana info anda selalu hampir tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan